Saya Keluar PAS, Bukan Keluar Islam - Nik Omar


KETEREH- Keputusan PAS memecat keluar Nik Omar Nik Abdul Aziz apabila beliau dikatakan mahu bertanding di bawah PKR di kerusi negeri Chempaka telah memeranjatakan ramai pihak.

"Saya bukan keluar daripada agama hanya keluar dari oarganisasi saja.Lagi pun organisasi tidak kekal",katanya selepas meghadiri ceramah yang diadakan oleh Pakatan Harapan.

Tambahnya,arwah ayahnya adalah bekas murid mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak pernah meletakkan PAS dalam mengatasi perjuangan.

"Tok Guru sendiri pernah berkata,jika Umno tukar dasar,maka PAS akan terbubar dengan sendirinya.Bagaimana boleh terbubar jika itu adalah dasar?Jadi makannya ini hanyalah satu alat atau wadah sahaja,jika seseorang itu bertukar organisasi ianya tidak menjadi masalah.

"Saya tidak keluar daripada PAS,tapi saya dipecat,tidak ada masalahnya disitu,"katanya.

Nik Omar merupakan abang kepada calon PAS Bachok,iaitu Nik Mohamad Abduh ,senelum ini beliau pernah menjadi sasaran beberpa pemimpin PAS yang menentang sehabis-habisnya kerana beliau meninggalkan perjuangan PAS yang pernah di pimpin ayahnya.

Nik Omar yang bakal berkongsi pentas bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.Keputusan yang dibuat untuk bertanding bukan lah di buat secara mengejut,ianya sudah dimuktamadkan sejak sebulan lalu.Segala pertimbang sudah dilakukan bagi membuat keputusan ini.

'Berdoa sahaja lah kepada Allah agar, Dia pasati akan tunjukan jalan".Sumber- Free Malaysia Today.Editor-Sofia