Remaja Ini Hampir Maut Gara-gara 'Braces'.


Rata-rata remaja pada zaman ini amat mengemari penggunaan pendakap gigi atau pun di panggil sebagai 'braces'.Pemakaian braces pada hakikatnya bertujuan bagi memperbetul kedudukan gigi kembali kepada kedudukan yang teratur dan gigi akan kelihatan cantik. Namun, braces kini lebih dijadikan sebagai fesyen dan trend masyarakat terutama bagi golongan remaja.

Braces terdapat dalam beberapa jenis. Antaranya adalah Metal braces, Clear ceramic braces, Self ligating bracket, Damon braces dan Clear Path Braces.Namun,Metal braces atau pendakap gigi logam ini antara yang popular dan menjadi pilihan golongan remaja pada zaman ini. Penggunaan bracket braces atau pendakap kurungan ini disertakan sekali bersama elastic berwarna (gelang getah).Ini juga menjadikan salah satu daya tarikan bagi gologan remaja memakainya.

Seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Leah Kitchen yang berusia 15 tahun dari Hull, United Kingdom telah bertemu dengan doktor giginya untuk memasang pendakap gigi. Dia tidak pernah tahu ia akan menjadi permulaan perjalanan yang derita seluruh hidupannya.

Selepa satu minggu berjumpa dengan doktor gigi, Leah jatuh sakit. Dia mula mengalami demam, sakit kepala, sakit sendi dan otot dan muntah tanpa dikawal. Doktor hanya memberitahunya bahawa dia selesema, dan telah memberinya ubat.


Ibu Leah, Andrea, berkata: "'Kenapa awak ke sini? Ibunya menjawab kepada jururawat yang bertugas anak saya selesema dan sakit. "Saya membawanya ke doktor namun doktor tersebut menyatakan perkara yang sama.Sebaik sahaja sampai di rumah dia mula muntah."

Walau bagaimanapun, ibu Leah mendapati bahawa keadaan Leah berubah dengan cara yang melampau. Keadaan mental Leah perlahan-lahan merosot. Dia juga pernah mengalamai dua kali strok, semakin buruk keadaannya. Dia menjadi sangat keliru dan pelupa pada masa-masa. "Saya membawanya ke Hull Royal unutk menjalani ujian darah CRP.

Doktor pada mulanya menguji dan merawat Leah untuk dianalisis, tetapi ujian imbasan MRI mengesahkan bahawa ada jangkitan di dalam paru-parunya.

Andrea berkata: "Mereka melakukan imbasan MRI, dia sepatutnya berada di dalam selama 20 minit tetapi dia berada di sana selama dua setengah jam. Mereka mendapati dia mempunyai jangkitan pada tulang belakang kepala ke otak yang membuatkan dia mengalami dua mini-strok.


Doktor mengesahkan penyakit Leah adalah endokarditis iaitu telah berlaku jangkitan yang berpotensi boleh mengundang maut jangkitan yang dihadapinya terdapat dalam lapisan dalaman jantung. Ia kebanyakannya disebabkan oleh bakteria yang memasuki darah dan merebak ke jantung. Keluarga Leah percaya logam dari braces Leah telah mendorong bakteria mengalir dalam darah remaja ini dan sekali gus menyebabkan jangkitan.

Trauma oleh pengalaman itu, Andrea berkata: "Anda tidak fikir sesuatu seperti itu akan berlaku kepada anda.

"Dalam keadaan sesuatu seperti itu, anda berfikir sesuatu yang buruk akan berlaku. Anda berfikir, 'oh tuhan jangan lah terjadi perkara yang buruk kepada anak saya".

"Perkara seperti ini akan dapat mengubah anda sebagai seorang manusia kerana maut hampir tiba bila-bila masa.".


Hari ini, ibunya dan Leah sedang melakukan sesuatu suapaya boleh meningkatkan kesedaran mengenai endokarditis kepada orang ramai.Editor-Sofia