Remaja Ini, Bangun Dari Koma Selepas Organ Tubuhnya Didermakan


AMERIKA- Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sedar dari koma setelah kedua ibu bapanya menandatangani dokumen untuk mendermakan organ-organ tubuhnya kepada penderma.

Trenton McKinley mengalami kecederaan otak apabila kereta yang dia naik terbalik. Insiden itu pada Mac lalu menyebabkan tengkoraknya retak di tujuh bahagian.

Menurut si ibu, Jennifer Reindl, anak lelakinya telah menjalani beberapa pembedahan di bahagian otak. Akibat daripada kemalangan itu ,Trenton mengalami kegagalan buah pinggang dan lebih dahsyat lagi jantung anaknya pernah berhenti selama 15 minit.

Pada masa itu, remaja lelaki dari Mobile City, Alabama State, Amerika Syarikat, telah disahkan meninggal dunia.

Walau bagaimanapun, Trenton kemudian menunjukkan tanda-tanda bangun dari koma, walaupun tidak sedar sepenuhnya dan harus dibantu menggunakan alat pernafasan. Doktor juga memberitahu ibu bahawa Trenton "tidak akan hidup normal lagi".

Doktor kemudian mencadangkan bahawa organ Trenton didermakan kepada lima orang kanak-kanak lain yang memerlukan organ berkenaan.

Bagaimanapun, sebelum alat itu dibuang, "keajaiban" berlaku."Keesokan harinya dia dijadualkan menjalani ujian pemerikasaan otak buat kali terakhir untuk menentukan masa kematiannya, tetapi organ pentingnya menunjukkan tanda-tanda supaya mereka membatalkan ujian tersebut," jelas Reindl.

Trenton kini menjalani proses pemulihan secara perlahan-lahan. "Saya mengalami kemalangan dan merempuh kereta akibat daripada itu kepalanya mengalami kecederaan teruk.Saya tidak dapat saya mengingati apa-apa selepas kejadian itu," kata Trenton kepada Fox 10.

Remaja itu masih merasa sakit dan mengalami kekejangan. Dia juga harus menjalani pembedahan untuk memulihkan tengkorak kepalanya. Bagaimanapun, Trenton sudah boleh berjalan dan bercakap. Malah, dia mampu membaca dan menyelesaikan soal matematik.

Ibunya menyatakan ini adalah 'sebuah perkara ajaib yang pernah terjadi'.

Trenton sendiri pernah mengaku bahawa dia sedang berada di syurga ketika dia tidak sedarkan diri.

"Saya seperti berada ditempat yang luas,sedang berjalan dijalan yang lurus,"katanya.

Untuk menanmpung kos perubatan hospital,keluarga Trenton telah meminta dana melalui Facebook.Editor-Sofia