Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Sabtu, 12 Mei 2018

Remaja 20 Tahun Tegar Memperkosa Isteri Sepupunya


INDONESIA- Seorang remaja lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai LJ berusia 20 tahun dikatakan mempunyai nafsu seks terhadap wanita lebih tua dari usianya.

Disebabkan tidak dapat mengawal nafsunya LJ sanggup memperkosa isteri sepupunya WAE yang berusia 39 tahun.Walau bagaimanapun,suspek berasal dari Kampung Holimombo Jaya, Kecamatan Pasarwajo, Buton ini telah ditahan oleh pihak polis.Suspek kini berdepan dengan hukuman penjara selama 12 tahun di bawah seksyen 285 Kanun Jenayah kerana merogol.

Kejadian itu berlaku di taman penduduk Kampung Halimombo Jaya. Menurut Ketua Polis AKP Sugiri, berkata kejadian itu bermula apabila mangsa bercakap di hadapan rumah saksi yang hanya mahu dikenali sebagai WN.

Suspek kemudiannya mengajak mangsa berbual secara peribadi di tempat lain,tanpa rasa curiga mangsa hanya menurut sahaja.

"Suspek mengajak mangsa untuk bercakap secara peribadi mengenai suami mangsa. WN Saksi menjawab dan berkata mengapa tidak di sini. Tetapi jawapannya di rahsia kan oleh suspek, "kata AKP Sugiri.

Akibat mahu mendapatkan maklumat mengenai suaminya mangsa nekad mengikuti kehendak suspek tanpa rasa curiga.Kedua-duanya bergerak dari tempat kejadian sejauh 300 meter.Kawasan berkenaan merupakan kebun milik penduduk kampung.Lalu suspek meluahkan hasrat hatinya mahu tidur bersama mangsa pada malam itu.

"Tidur malam ini dengan saya. Kemudian saya membayar Rp 700 ribu, "kata suspek kepada mangsa.

Mangsa yang terkejut dengan ajakan suspek terus menolak permintaan tidak masuk akal itu.Berang dengan tindakan mangsa,suspek bertindak kasar dengan mendekati mangsa lalu mencekik dan mengancam untuk membunuh mangsa.

Dalam keadaan ketakutan,suspek telah mengarahkan mangsa membuka pakaiannya.Namun,mangsa enggan melakukannya,sekali lagi leher mangsa di cekik dengan kuat lalu merogol mangsa.

Juru cakap polis berkata,bagi mendapatkan bukti yang kukuh,pihaknya telah menghantar mangsa ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.Editor-Sofia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan