Rafidah Aziz Muncu Dalam Kempen Jelajah Pakatan Harapan.


KUALA LUMPUR- Bekas Ketua Wanita UMNO,Tan Sri Rafidah Aziz dikatakan telah membuat kemunculan pertamanya di kempen Jelajah Pakatan Harapan.

Kempen yang diadakan di blok pembangkang itu diadakan di Melaka

Dalam ucapannya,beliau berkata mengenai satu situasi yang disamakan dengan perumpaan "rumah yang mengalami kerosakan teruk".

Menurutnya,setiap lima tahun pasti akan ada 'kontraktor' yang menjaga 'rumah' untuk meminta diberikan kontrak baru.

"Rumah kita yang tersergam indah tu sudah bermacam-macam makhluk perosak masuk,tikus,ular,serangga,bahkan anai-anai pun sudah mula merosakkan tiang rumah kita."katanya.

Rafidah yang meruapakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri muncul di kempen Pakatan Harapan selang beberapa hari selepas penyertaan bekas Menteri Kewangan,Tun Daim Zainuddin.

Selain dari Rafidah dan Daim,Jelajah Harapan yang di adakan di Melaka ini turut di hadiri oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan penyandang kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd. Akin.Editor-Sofia