"Pulangkan Kembali Cucu Saya".


"Pulangkan kembali cucu saya" itulah luahan hati sayu seorang nenek yang amat merindui dan telah berhasrat untuk menjaga cucu kesayangannya itu sementara dia masih hidup.Pilu hati apa bila mendengar luahan hati sayu Zainun Muda, 66, yang ber asal dari Kampung Sungai Kerak, Marang, Kuala Terengganu.

Menurut apa yang diceritakan oleh warga emas ini,dia dan cucunya Nur Nasarah Mustafa Kamal,4 tahun telah terpisah selama 2 tahun selepas kematian menantunya iaitu ibu kepada Nur Nasarah, Norhida Ayu Rosli, 33, yang dikatakan terkena penyakit sawan.

Selepas 2 tahun membesarkan cucunya,Nur Nasarah bersama bapanya Mustafa Kamal Mat Dalim, 33,hak penjagaan cucunya itu dikatakan telah diberikan kepada ibu saudaranya kerana bapa kepada cucunya ini telah mengelami sakti misteri.

Usia cucunya sudah masuk 4 tahun dan kali terakhir dia berjumpa dengan cucu kesayangannya itu pada bulan Mac lalu semasa di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Marang.

Kata Zainun sudah setahun lebih di berusaha untuk mendapatkan hak penjagaan cucunya itu,namun pihak berkenaan hanya menaburkan janji manis sahaja sehingga ke hari ini dia masih belum mendapatkan sebarang hak penjagaan cucunya seperti yang dijanjikan.

Namun pada Disember 2017 anak bongsunya itu Mustafa Kamal menghembuskan nafas terakhir kerana mengalami kesukaran untuk bernafas dan Zainun terpaksa tinggal berseorangan di rumahnya.

"Tidak putus-putus saya menziarahi pusara anak dan menantunya itu untuk mengubat rasa rindu dihati.Semenjak kehilangan anak saya makin sunyi dan hanya cucu lah yang dapat menghiburkan hati saya.Serba sedikit ianya dapat mengubat rasa rindu dihati.",katanya.

Zainun juga dikatakan mendapat bantuan bulanan dari JKM sebanyak RM350 sebulan bagi menampung kehidupannya.

Namun,dia sedikit terkilan kerana arwah anaknya tidak sempat menemui Nur Nasarah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Arwah teringin untuk melihat anaknya,namun disebabkan pelbagai alasan dari pihak sana,arwah tidak sempat berjumpa dengan anaknya,malah arwah ada berpesan suapaya saya berjuang untuk mendpatkan hak penjagaan ke atas cucu".

"Berikan saya peluang untuk menjaganya dengan penuh kasih sayang sementara saya masih hidup,sekiranya umur saya tidak panjang,mereka ambillah semula".

Menurut Zainun meskipun setiap hari diperlu berulang alik untuk ke pejabat JKM bagi mendapatkan hak penjagaan cucunya dia sangggup berbuat demi kian,kerana itu adalah permintaan terakhir arwah suapaya menjaga anaknya".katanya pilu.Sumber-Metro.Editor-Sofia