Pm Umumkan Tiga Dari Tujuh Menteri Kabinet


Sebentar tadi Pakatan Harapan (Harapan) telah mengumumkan tiga daripada tujuh menteri kabinetnya secara langsung.

Menurut Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad berkata,tiga daripada pemimpin parti berkenaan telah mengisi jawatan kementerian paling kanan.

Beliau yang dikatakan adalah Setiausaha Agung DAP ,Lim Guan Eng iaitu sebagai menteri kewangan,Presiden AMANAH Mohamad Sabu telah menggalas tanggungjawab sebagai menteri pertahanan manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diberi kepercayaan untuk Kementerian Dalam Negeri.

Selain itu,Dr Mahathir juga telah melantik beberapa tokoh terkemuka negara bagi menjadi anggota majlis penasihat kerajaan mereka yang telah diberikan kepercayaan adalah Tun Daim Zainuddin (bekas menteri kewangan),Tan Sri Mohd Hassan Marican (bekas presiden Petronas),Robert Kuok (ahli perniagaan),Prof Dr Jomo Kwame Sundaram (pakar ekonomi) dan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (bekas gabenor Bank Negara)

Kata Dr Mahathir tujuh lagi menteri bagi melengkapkan jumlah 10 kementerian awal kerajaan baru  akan diumumkan kelak.Editor-Sofia