PM Arah Peguam Negara Bercuti Serta Merta,Esok Ketua Baru SPRM Akan Diumumkan


PUTRAJAYA- Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Peguam Negara (AG) Mohamed Apandi Ali telah diarahkan bercuti serta-merta.Beliau juga telah dihalang daripada meninggalkan negara ini.

"Bagi kedudukan AG ini agak sukar sedikit kerana beliau baru sahaja diberikan kontrak baru dan disebabkan itu kita perlu mengikuti undang-undang,"kata Perdana Menteri.

“Pada masa ini soal gantung (AG) ini perlu beberapa tindakan, sebab kita nak dia diberi cuti, sementara dia cuti, maka solicitor general (peguamcara negara) ambil alih tugasnya.

Menurut Tun Dr Mahathir,kita masa ada solicitor general yang boleh menjalankan tugas AG pada masa ini.

Apabila ditanya sama ada Mohamed Apandi disiasat,Tun Dr Mahathir menyatakan setakat ini masih belum ada sebarang laporan rasmi terhadap peguam negara itu, meskipun terdapat pelbagai tuduhan.

Ianya termasuklah dakwaan "menutup salah laku".Atas dasar itulah beliau diberikan cuti.

Mahathir berkata,siasatan terhadap kes ini hanya boleh dilakukan terhadap peguam negara ini sekiranya ada laporan rasmi yang dibuat.

Jika ini yang berlaku,Apandi boleh dihalang daripada keluar dari Malayasia.

Apabila ini berlaku, beliau menambah, Apandi juga boleh dihalang daripada meninggalkan negara ini.

Sementara Apandi bercuti, Peguam Cara Negara Engku Nor Faizah Engku Atek akan mengambil alih buat seketika Jabatan Peguam Negara (AGC).

Dalam kenyataan Mahathir sebelum ini,beliau menyatakan negara tidak lagi mempunyai seorang peguam negara,namun Apandi tetap melaksanakan tugasnya seperti biasa pada setiap pagi.

Selepas memenangi pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei, perdana menteri membidas peguam negara dan menuduhnya menyembunyikan bukti berkaitan skandal 1MDB.

Walau bagaimanapun,Apandi berkata,beliau menafikan bahawa dia tidak bertindak mengikut undang-undang.

Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau akan melantik seorang ketua pesuruhjaya SPRM baru mulai esok.

Terdahulu,Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad telah menyerahkan surat peletakan jawatan selepas Perdana Menteri mendakwa pihaknya tidak menghiraukan amalan rasuah dinegara ini.Sumber-Malaysiakini.Editor-Sofia