"PH Tolong Jangan Sia-siakan Pengorbanan Kami"


"Mohon Pakatan Harapan (PH) jangan sia-siakan segala pengorbanan yang diberikan rakyat untuk mentadbir negeri ini," itulah luahan hati daripada salah seorang rakyat Malaysia yang di muat naik dalam laman akaun Facebooknya.

Status lain yang dipetik daripada laman Facebook " Berat sungguh kami mengorbankan tampuk kepimpinan di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar kesayangan kami demi masa depan negara yang lebih baik.".

Ini adalah di antara suara rakyat yang kian tular di media sosial mahukan Pakatan Harapan menggunakan peluang yang telah diberikan penduduk di negeri ini yang mana pada sebelum ini selesa semasa pentadbiran Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Tok Mat itu.

Menurut setiausaha DAP Negeri Sembilan,Cha Kee Chin berkata,beliau mengakui kali ini pengundi bangkit untuk menyokong PH oleh kerana faktor pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) pusat.

"Sememangnya terdapat beberapa isu negeri,tetapi tidak sebesar isu BN pusat yang telah membuatkan rakyat terbeban terutamanya isu yang berkaitan dengan kos sara hidup.

"Walau bagaimanapun,berikan kepercayaan serta peluang kepada pentadbiran baharu bagi negara ini.Kita yakin tokoh yang terpilih sebagai perdana Menteri akan sentiasa melaksana kan tugas yang diamanahkan oleh rakyat dengan telus dan sebaik mungkin,"katanya.

Selain itu,Pakatan Harapan juga akan fokus kepada manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang telah ditawarkan kepada pengundi.

"Segala janji yang telah diberikan pasti akan ditunaikan dan rakyat akan dapat menilai sendiri sebelum menentukan pucuk kepimpinan pada PRU akan datang.

"Berilah kami jalankan kerja terlebih dahulu dan nilailah sendiri nanti," katanya.

Keputusan PRU-14 bagi Negeri Sembilan hanya dapat menyaksikan BN memenangi 16 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)manakala PH yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi sebanyak 20 kerusi DUN, dimana sekali gus dapat membentuk kerajaan negeri.