Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Khamis, 10 Mei 2018

Perkahwinan Pelajar 12 Tahun Dibatalkan Gara-gara, Tok Kadi Tidak Mahu Mengahwinkannya


SULAWESI-Majlis nikah dan resepsi perkahwinan yang melibatkan SR atau RSR, iaitu pelajar perempuan berusia 12 tahun, dan seroang remaja lelaki berusia 21 tahun di Sulawesi Selatan, telah dibatalkan oleh keluarganya pada hari Selasa lepas.

Segala persiapan seperti pelaminan,makanan serta acara hiburan untuk para tetamu jemputan kedua mempelai telah pun lengkap diaturkan.

Walau bagaimanapun,majlis perkahwinan itu terpaksa dibatalkan dan telah di ganti menjadi majlis kesyukuran berkhatan adik bongsu RSR iaitu adik lelaki pengantin perempuan.

"Kami hanya boleh menghibur kedua-dua ibu bapa SR atas pembatalan akad nikah ini. Kami ganti majlis resepsinya jadi majlis kesyukuran berkhatan adik bongsu kerana persiapannya juga sudah lengkap," terang Ramli, ayah SR, kepada wartawan di Sulawesi Selatan, Zul Pattingalloang.

Upacara pernikahan yang sebelumnya diadakan di rumah keluarga pengantin lelaki di Distrik Taroeng, Distrik Jeneponto,terpaksa ditangguhkan kerana tiada tok kadi yang berani menikahi bakal pengantin itu karena takut berhadapan dengan undang-undang kerana usia pengantin perempuan sangat muda untuk dinikahkan,selain itu,kedua mempelai juga takut perkahwinan itu dapat dihidu oleh pihak media.

"Tidak ada juru nikah yang ingin mengahwinkan mereka semasa di Jeneponto kerana takut umurnya masih muda dan akan dikenakan undang-undang, apalagi apabila pihak media mengetahuinya," kata Basri, bapa kandung SR di depan wartawan.

Pihak keluarga terpaksa akur dengan keadaan itu dan menukarkan majis tersebut kepada majlis kesyukuran.

Pada mulanya suasan menjadi kecoh apabila ibu SR mengalami histeria,meronta dan menagis.Bukan itu saja,ibu SR juga dikatakan pengasan kerana tidak dapat menerima kenyataan.

SR masih menjadi pelajar sekolah rendah, sementara Erwin adalah seorang lelaki muda yang menjadi pekerja di ladang kelapa sawit Malaysia.

Dua tahun lalu dia pulang ke kampung halaman. SR dan Erwin mempunyai pertalian darah sebagai sepupu.

"Mereka mengenali antara satu sama lain dua tahun lalu, kerana mereka adalah sepupu, mereka sering berbual di dalam telefon dan berjumpa kerana mereka suka satu sama lain, kami menyokong dengan mengahwinkan mereka kerana bimbang terjadi perkara yang buruk," kata Sinar, ibu SR.Editor-Sofia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan