Penternak Ini Pakaikan 'Bra' Pada Lembunya,Lihat Apa Sebabnya...


SCOTLAND- Bidang penternak kini dilihat sebagai satu bidang paling berjaya di mata dunia namun ianya sedikit sebanyak memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk terus kekal dalam bidang sebegini.Hasil yang diperoleh dari bidang ini juga dikatakan akan membuahkan hasil yang tinggi kepada si penternak.

Seorang penternak wanita yang berjaya,Graham Burnett,berasal dari Eastern Ross, Scotland,dikatakan telah mencipta bra khas untuk lembu ternakannya.

Bra ciptaan Burnett ini bukan sahaja untuk aksesori semata-mata, malah untuk mengurangkan tekanan pada salah satu kelenjar susu ternakan.

Hasil kerja unik ini juga telah di kongsikan bersama penternak yang lain bagi membantu mereka.

Salah satunya adalah penternak bernama Donald Ross yang telah berkongsi kan gambar Burnett ke twitternya sekali gus gambar tersebut menjadi viral.

Sebelum terciptanya idea bijak ini,Burnett berkata anak lembu hanya mahu makan dari puting bahagian depan sahaja,dan ianya membuatkan payudara bahagian belakang ibu lembu menjadi bengkak dan penuh dengan susu.

Disebabkan kejadian itu,Burnett menjadi bimbang kerana masalah itu sekiranya berlarutan akan memyebabkan keradangan pada kelenjar susu atau payudara.

"Menggunakan bra adalah cara terbaik yang boleh dilakukan demi kepentingan lembu. Kain bra haruslah lembut dan saya menggunakan tali elastik supaya ianya boleh dilaraskan," kata Ross.

Menurut Ross, jika Burnett mengunakan kaedah lama dengan memerah susu mengunakan tangan ianya sangat berisiko tinggi.

"Oleh kerana tekanan yang diberikan semasa urutan, lembu mungkin akan menendang Burnett kerana merasa sakit. Merawat haiwan ternakan adalah pekerjaan cukup berisiko, dengan penggunaan bra maka akan meminimumkan risiko tersebut," kata Ross kepada Newsweek.

Gambar tersebut telah di kongsikan dilaman Twitternya dan membuatkan para netizen sangat terhibur kerana meningatkan Ross sengaja memakai kan bra pada lembu ternakan.Editor-Sofia