Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Isnin, 14 Mei 2018

Pengurus Syarikat Nekad Rompak RM2.5 Juta Demi Kepentingan DIri


GOMBAK - Seorang pengurus syarikat tergamak merompak wang tunai berjumlah RM2.5 juta milik syarikatnya sendiri dengan bersenjatakan parang dalam kejadian jam 3 pagi semalam di sebuah syarikat kawalan keselamatan di Sungai Dua, Rawang.
Suspek dikatakan menumpang tidur di syarikat kawalan keselamatan berkenaan pada jam 9 malam kelmarin.
Difahamkan, suspek yang berusia 38 tahun itu baru sebulan bekerja di syarikat berkenaan dan ingin menumpang tidur di pejabat itu, kata kakitangan syarikat itu yang enggan namanya dikenali.
Namun berdasarkan rakaman rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di syarikat berkenaan, suspek dilihat keluar pada jam 12 tengah malam sebelum masuk kembali ke premis tersebut jam 2 pagi, katanya lagi.
Tidak lama kemudian selepas itu, tiga pengawal keselematan terbabit telah dikejutkan oleh lelaki berkenaan yang memaklumkan bahawa bilik kebal tersebut tidak berkunci, dalam kejadian jam 3 pagi.
Lelaki terbabit kemudiannya membawa senapang sambil berlari ke bilik kebal berkenaan yang terletak di tingkat atas.
Jelasnya, "suspek dikatakan mengacu senapang di belakang badan tiga pengawal keselamatan itu sebaik tiba di bilik kebal berkenaan sebelum bertindak mengurung mereka di bilik berhampiran."
Suspek telah menceroboh masuk ke bilik kebal dan memasukkan wang tunai berjumlah RM2.5 juta ke dalam begnya.
Katanya ketika ditemui di tempat kejadian, "semua wang itu dikumpul daripada pelbagai syarikat dan agensi pada 8 Mei lalu dan dijadualkan akan dimasukkan ke dalam bank, semalam."
Manakala setiap pergerakan suspek berjaya dirakam CCTV di pejabat syarikat berkenaan.
Suspek dilihat mengambil masa selama 20 minit untuk memasukkan wang terbabit ke dalam beg miliknya sebelum bertindak melarikan diri dengan menaiki motosikal.
Menurut pengawal keselamatan terbabit, suspek menjelaskan bahawa dia terpaksa merompak wang berkenaan kerana berdepan dengan masalah keluarga selepas dia bercerai dengan isterinya.
Katanya lagi, suspek juga turut meninggalkan senapang yang dirampas daripada pengawal keselamatan di bilik kebal terbabit.
Dalam pada itu, pihak polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, kata Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor ketika dihubungi.
Katanya,"kejadian itu didalangi oleh orang dalam dan usaha untuk memburu suspek giat dijalankan. Manakala kes disiasat kerana melakukan rompakan serta samun bersenjata di bawah Seksyen  392/397 Kanun Keseksaan. Sumber: Harian Metro. Editor: AA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan