Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Ahad, 6 Mei 2018

Pengemar Makanan Segera Perlu Berhati - Hati


KAJIAN mendapati wanita yang sering makan makanan segera dan tidak mengambil buah-buahan se­cukupnya le­bih sukar untuk hamil.

Berdasarkan kaji selidik melibatkan 5,598 wanita mendapati mereka yang makan makanan segera empat kali atau lebih dalam masa seminggu, hamil hampir sebulan lebih lewat berbanding mereka yang tidak pernah atau jarang memakannya.

Pengambilan makanan seimbang dan berkualiti termasuk buah-buahan selain mengurang kan memakan makanan segera dapat meningkat kan tahap ke­suburan dan tempoh untuk hamil, kata Prof. Claire Roberts dari Universiti Adelaide, di sini yang mengetuai kajian berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat limitasi dalam kajian berkenaan termasuk pergantungannya kepada wanita untuk mengingati apa yang dimakan sebelum hamil.

Laporan Human Reproduction mendapati penggemar makanan ringan juga sukar untuk hamil dalam tempoh setahun.

Wanita di Australia, New Zealand, United Kindom dan Ireland ditanya mengenai apa yang dimakan sebulan sebelum mereka hamil anak pertama.

Penyelidik mendapati wa­nita yang memakan buah kurang daripada satu hingga tiga kali sebulan mengambil masa kira-kira separuh bulan lebih lewat untuk hamil berbanding mereka yang me­ngambil buah tiga kali atau lebih sehari.

Mereka juga mendapati bahawa wanita yang mengambil buah pa­ling rendah bilangannya mempunyai risiko sebanyak 12 peratus mengalami kesukaran untuk hamil dalam tempoh setahun, sementara mereka yang mengambil makanan segera empat kali atau lebih dalam masa seminggu terdedah kepada risiko seba­nyak 16 peratus.

Ini berbanding dengan risiko sebanyak lapan peratus dalam kumpulan tersebut secara keseluruhannya.

Prof. Claire Roberts dari Universiti Adelaide, Australia yang mengetuai kajian berkenaan, berkata: “Hasil kajian ini me­nunjukkan bahawa pengambilan makanan yang seimbang dan berkualiti termasuk pengambilan buah selain mengurang kan pengambilan makanan segera meningkat kan tahap kesuburan dan mempercepat kan tempoh untuk hamil.

Bagaimanapun, walaupun pe­nyelidik mendapati terdapat hu­bung kait antara pengambilan buah-buahan dan makanan segera de­ngan masa yang diambil untuk hamil, apa yang mengejutkan kajian berkenaan tidak me­nemukan sebarang kaitan perkara itu dengan pengambilan sayur-sayuran hijau dan ikan. Sumber: UtusanOnline - Editor: Azni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan