Pelajar Ini Nekad Tanggalkan Pakaiannya Setelah Dikritik Oleh Pensyarahnya,Gara-gara Berseluar Pendek


NEW YORK - Seorang pelajar senior di Cornell University, New York bertindak menangggalkan pakiannya semasa pembentangan tesis selepas ditindas oleh penilainya.

Peristiwa ini terjadi setelah pensyarah atau profesor yang didakwa telah bertindak mengkritik saiz seluar pendek yang dipakai pelajar tersebut.

Berang dengan kritikan itu pelajar wanita yang dikenali sebagai bernama Letitia Chai menanggalkan pakaian dan seluar pendeknya di hadapan profesor dan pelajarnya lain pada hari pembentangan tesisnya.

Chai mendakwa bahawa dia melakukan tindakan itu sebagai satu protes terhadap Profesor Rebekah Maggor yang mengkritik seluar pendeknya kerana dikatakan terlalu pendek.

Dia kemudian menulis di status  Facebook untuk menjelaskan mengapa dibertindak sedemikian.

"Perkara pertama yang dikatakan oleh profesor kepada saya adalah: Adakah anda serius memakai seluar itu? Seluar anda terlalu pendek."

"Profesor memberitahu saya, di hadapan seluruh kelas bawaha, saya mengundang perhatian lelaki, dan membuatkan mereka tidak berfokus pada kandungan persembahan saya."

"Dia berkata bahawa saya sengaja memakai pakaian sebegitu."

"Saya memberitahunya bahawa saya pasti  tidak akan mengubah kenyataan saya untuk membuatnya atau orang lain berasa lebih selesa."


Tak perlu menunggu lama, kisah mengenai pelajar wanita ini dikatakan kian tular di media sosial.

Untuk menjelaskan, Rebekah Maggor memberitahu The Cornell Daily Sun:

"Saya tidak memberitahu pelajar saya apa yang perlu dipakai, dan saya tidak menjelaskan tentang pakaian yang sesuai untuk mereka memakainya."

"Saya minta mereka memikirkan sendiri dan membuat keputusan sendiri."

Rakan-rakan Chai mengatakan bahawa komen Maggor mempunyai 'kesilapan dalam menunjuk' kesalahan Chai.

Mereka menekankan 'kepentingan profesionalisme ketika bercakap di depan umum.'


Chai tidak mahu terlampau feminim terhadap kehidupannya.

Mereka juga mengatakan bahawa profesor itu meminta maaf berulang kali atas komennya dan mengakui bahawa 'kritikan' pada seluar pendek wanita itu mengandungi banyak kandungan budaya dan politik.

Pelbagai reaksi yang diperkatakan netizen terhadap peristiwa ini.

Beberapa orang netizen memuji Chai atas keputusannya untuk menanggalkan pakaiannya.

Sementara itu, ada netizen yang menyifatkan sebagai sifat 'kebudak-budakan'.

Seseorang menulis:

"Sangat buruk kelakuan pelajar ini seperti" kanak-kanak", dan mementingkan diri sendiri."

"Tiada siapa yang perlu melihat tubuhnya."


Ini diantara komen netizen berkata:

"Ini adalah kejuta budaya. Ini adalah taktik yang sering digunakan untuk mendapatkan perhatian."

Terdapat juga komen:

"Adakah ini di sekolah menengah atau kolej?"

"Mereka sepatutnya ditangkap kerana bertindak tidak sopan."

"Sesetengah orang akan melakukan apa sahaja untuk mendapat perhatian!"


Sebaliknya, masih ada netizen yang cuba mempertahankan Chai:

"Saya bersetuju dengan pendapatnya."

"Dia berdiri dan menyatakan bahawa dia lebih daripada pakaiannya."

"Kita semua manusia, kita semua sama, jika proses pemikiran orang masih seperti ini, mereka tidak akan maju."Editor-Sofia