Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Khamis, 10 Mei 2018

Pakatan Harapan Adakan Perbincangan Pembentukan Kabinet Pagi Ini


PETALING JAYA - Menurut Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad beliau akui bahawa tiada waktu rehat bagi dirinya kerana perlu menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan(Harapan) pada hari ini.

Mesyuarat itu diadakan bagi membentuk Kabinet yang melibatkan parti-parti komponen.

"Esok saya perlu menghadiri satu mesyuarat Majlis Presiden Harapan meskipun tidak cukup rehat.Mesyuarat ini diadakan bagi membentuk kabinet dan macam mana ia dibahagikan,” katanya dalam sidang media khas.

Beliau juga berjanji akan memastikan kesemua Kabinet yang bakal diwujudkan adalah yang terbaik berlandaskan rundingan dan perlembagaan negara ini.

Selain itu,beliau juga berharap agar di-Pertuan Agong memberikan perkenan kepada kerajaan yang bakal dibentuk kelak.Malah,Tun Dr Mahathir Mohamad juga berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat negara ini.

Apa bila ditanya mengenai berapakah tempoh masa yang bakal diambil bagi mendapatkan pengampunan diraja Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau menyatakan akan melaksanakannya secepat mungkin selepas Anwar dibebaskan.

"Selepas beliau dibebaskan daripada tahanan,kami akan berusaha untuk mendapatkan pengampunan diraja secepat yang mungkin.Ianya bertujuan supaya Anwar dapat kembali dalam arena politik tanah air,"katanya.

Ditanya mengenai adakah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akan terlepas dari hukuman penjara selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia),beliau menegaskan bahawa kerajaan pelu meneliti semua hukuman yang bakal dikenakan terhadap mana-mana individu bermotifkan politik.

Sebelum ini pertukaran ketua jabatan kerajaan dilakukan atas sebab tidak sehaluan dengan kerajaan sebelum ini,maka ianya akan dikaji semula.Editor-Sofia.Sumber-Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan