Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Isnin, 7 Mei 2018

Padah Curang Di Media Sosial Wanita Ini 'Berdating' Dengan Bapa Mertua


CHINA- Jika anda mempunyai niat untuk curang di alam media sosial sebaiknya lupakan sahaja niat anda.

Anda mungkin menghadapi masalah besar kerana apabila ada kemungkinan besar ia mungkin menjadi kenalan anda atau pun mertua anda.Di alam siber pelbagai perkara boleh terjadi.

Perkara itulah yang dialami oleh seorang wanita di China yang hanya mahu dikenali sebagi Lily. Dia bertemu seorang lelaki bernama Wang ,57,di dunia maya.ianya berlaku pada tahun 2016.

Setelah cukup akrab di dunia maya, Wang mengajak Lili bertemu untuk pertama kalinya di sebuah hotel di bandar Muling, Wilayah Heliongjiang, China.

Betapa terkejutnya Wang ketika mengetahui perempuan yang akan ditemuinya itu adalah isteri kepada anak lelakinya.

Yang lebih mengejutkan, Da Jun yang merupakan anak lelaki Wang telah mengikuti isterinya ke hotel dimana tempat berkenaan merupakan tempat pertemuan mereka, suami Lili mengetahuinya setelah membaca perbualan mereka berdua di laman Facebook isterinya.

"Bagaimanakah seorang lelaki boleh tidur di bilik hotel dengan isteri kepada anaknya sendiri?" Wang memberitahu laman web ChinaSmack.

Akibat beranag dengan perbuatan isterinya Da Jun telah bertindak memukul isteri dan ayahnya kerana tidak dapat menahan geram.Semasa pergelutan itu isternya telah kehilangan tiga batang gigi.

Wang, yang menggunakan nama dalam talian "sangat memahami orang lain" itu, baru bersara dua tahun yang lalu.Disebabkan itu dia mempunyai masa yang begitu banyak untuk melayari internet.

Walaupun Lili adalah seorang suri rumah dan Da Jun adalah pemandu trak dan terpaksa meninggalkan isterinya untuk jangka masa yang lama dia tidak pernah berniat untuk menduakan isternya.

Di dalam dunia maya,Lily menggunakan nama samaran 'bunga kesepian'.

Setelah bertemu di ruang berbual, Wang dan Lily bersetuju untuk menghantar foto. Lily menghantar foto seorang kawannya yang cantik, sementara Wang menggunakan foto kawannya semasa tugas di tentera.

Berpuas hati dengan gambar yang diterima, Wang dan Lily kemudian memutuskan untuk bertemu di sebuah hotel.

Semasa berbual di dunia maya, Wang mengaku sebagai seorang pengarah syarikat dan kini dia menduda setelah isterinya meninggal dunia dua tahun lalu.

Sementara Lily mengakui suaminya menjalani hukuman penjara selama lima tahun akibat bergaduh. Kini dia tinggal sendiri di rumah bersama anak lelakinya.

Apabila tiba di rumah, dia mendapati perbualan isterinya di ruang siber dan membaca kesemua perbualan mereka.

Untuk menangkap isterinya, Dan Jun menelefon isterinya dan berkata dia terpaksa bekerja lagi.

Tidak ada sebarang syak wasangka, Lily menghantar anaknya ke rumah ibu bapanya dan pergi ke hotel untuk berjumpa dengan kekasih alam sibernya.

Apabila tiba di hotel, Lily terkejut bahawa lelaki yang dia akan jumpa adalah ayah mertua.

Mengetahui perkara itu, Lily segera meninggalkan hotel ketika Da Jun tiba dan berjaya menangkap kedua-dua mereka.

Tanpa banyak berkata,Da Jun telah bertindak memukul ayahnya.Kekecohan itu telah membuatkan pekerja hotel berkenaan terpaksa memanggil polis dan kemudiannya pihak polis menahan ketiga-tiga mereka.

Walau bagaimanapun,akhirnya pihak polis melepaskan Wang dan Lily setelah mendengar soal siasat dariapada mereka berdua.Sementara Da Jun terpaksa di lima hari kerana memukul ayahnya.Editor-Sofia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan