Netizen Kecam Raja Ilya Pakai Sport Bra Di Tempat Awam


Pelakon Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 32, sekali lagi mencetus kontroversi apabila dia bertindak berani memuat sekeping gambar memakai sport bra berwarna merah di laman Instagram miliknya.

Pelakon seksi ini dikatakan memakai sport bra di tempat awam sebelum bertindak memuat naik gambar tersebut.

Difahamkan, pelakon itu juga memuat naik beberapa potong ayat yang mendorong bagi mendapatkan potongan bentuk badan yang ideal.

Malah gambar itu juga mendapat ribuan tanda suka serta beratus komen daripada netizen.

Namun gambar tersebut mendapat pelbagai kecaman hebat daripada netizen yang menyifatkan itu sebagai keterlaluan.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah netizen yang bertindak menulis komen berbaur lucah.

Tetapi ada juga yang bertindak mengkritik bahagian ketiak pelakon itu hitam serta macam-macam lagi.

Bagaimanapun pelakon itu dilihat tidak mengambil endah terhadap komen-komen negatif netizen dan memilih untuk berdiam diri. Editor: AA