Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Ahad, 6 Mei 2018

Nekad Bunuh Dan Bakar Bakal Isteri Gara-gara, Sering Kali Persoalkan Kos Perkahwinan


INDONESIA-Stefanus ,24,merasa sakit hati apabila dia diperlekehkan oleh calon isterinya Laura ,41, disebabkan itu suspek nekad untuk membunuh kekasihnya yang akan berkahwin pada bulan Ogos nanti.Akibat daripada kejadian itu mangsa mengalami empat kecederaan pada badan.

Kejadian pembunuhan itu bermula dari pergaduhan soal kos perkahwinan yang ditanggung oleh pihak keluarga Laura sekitar RP 200 juta. Laura dikatakan sering kali mengungkit persoalan itu sehingga membuat Stefanus marah dan tak keruan.

Stephen tidak dapat menerima. Dia merasa seperti di perlekehkan di hadapan keluarga Laura, apatah lagi calon isterinya adalah lulusan S2 dari Australia. Manakala,Stephen adalah pekerja biasa dan masih tidak mendapat pekerjaan yang tetap. Disebabkan itu ,Stephen merasa seperti tidak berguna dan dia rasa sangat terhina dengan apa yang diperkatakan oleh keluarga calon isterinya.

Pergaduhan itu bermula pada hari Khamis lepas,selepas kedua-dua pasangan ini mengambil gambar prewedding. Menurut jiran-jiran, Stefanus dan Laura seringkali bergaduh dan masing-masing panas baran.

"Setiap kali bergaduh, tersinggung, seolah-olah dia merasa tidak berharga di depan calon isterinya. Selalu diungkit, dia tidak punya apa-apa harta. Itu yang membuatkan dia marah sampai tak boleh kawal marah," kata pihak polis Tambora Kompol Iver Manossoh.

Mereka kemudiannya bertengkar di rumah Laura. Menurut Stephen, Laura yang mengambil pisau dahulu untuk membunuhnya. Selepas itu, kedua-duanya berebut pisau tersebut sehingga akhirnya berjaya dirampas oleh Stephen.

Namun entah apa yang ada di fikiran Stephen sehingga akhirnya dia menusukkan pisau itu ke badan Laura. Disebabkan itu, Laura terkena empat jahitan di bahagian perut ke bahagian belakang.

"Ada empat tikaman, (terkena) di perut, dada dan di belakang,".

Selepas Laura disahkan meninggal dunia, Stephen yang panik dengan kejadian itu bertindak membawa mayat Laura ke dalam keretanya dan memecut laju ke rumahnya di Pekojan, Tambora, Jakarta Barat. Stephen kemudian menjemput beberapa kawannya untuk menemaninya ke pantai Kampung Karang Serang, Daerah Tangerang.

"Keempat-empat orang ini adalah pekerja dari bapa saudara suspek. Mereka hanya mengikut saja, tidak terlibat dalam pembunuhan," papar Iver.

Rupa-rupanya Stephen membawa mayat Laura ke pantai bagi tujuan pihak polis tidak dapat mengesannya. Tubuh Laura diliputi selimut di dalam kereta supaya tidak ada yang berasa curiga. Stephen kemudian membakar mayat itu dipantai.


Tetapi tindakan Stephen berjaya dihidu oleh pihak polis. Pasukan Polis Tambora Polis mendapat maklumat daripada orang tempatan kira-kira pukul 3.00 pagi bahawa mayat itu ditemui di sekitar lokasi pantai dan ternyata itu adalah mayat Laura.

Pihak polis datang ke rumah Laura untuk menyiasat. Ternyata keluarga mangsa baru mengetahui tentang kejadian kejam pembunuhan anak mereka. Bapa mangsa terkejut dengan berita itu dan tidak menyangka bahawa bakal suami anaknya sediri tergamak melakukan perbuatan itu.

Walau bagaimanapun,kes pembunuhan kejam ini akhirnya terbongkar hasil daripada siasatan pihak polis berjaya menahan menahan Stephen pada hari Sabtu lepas.Editor-Sofia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan