Najib Dan Dr Mahathir Hadiri Dua Himpunan Besar Di Kuala Lumpur Malam Ini


Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak serta saingan politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menghadiri dua buah perhimpunan besar besaran secara berasingan di Kuala Lumpur pada malam ini.

Najib bakal menghadiri perhimpunan anjuran BN yang di adakan di PPR Komuniti Gombak Setia iaitu bagi calon BN Wangsa Maju, Yew Teong Look.

Manakala, Tun M pula akan menhadiri ceramah yang di adakan di Flat Desa Pandan.Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dijadualkan hadir dalam ceramah.

Acara tersebut dijadualkan adakan bermula pada pukul 9.00 malam.Hanya kira-kira 13 kilometer sahaja jarak yang akan memisahkan kedua-dua acara ini.

Ini merupakan pertama kali kedua-duanya bakal mucul dalam perhimpuan dalam jarak yang begitu dekat dan dari situ kita dapat melihat siapa yang berjaya menarik penyokong.

Pada 2013 terdapat 11 kerusi parlimen di sekitar Kuala Lumpur namun BN hanya memenagi dua kerusi sahaja.

Kali ini BN bakal menghadapi cabaran sengit di enam kerus iaitu di Wangsa Maju,Setiawangsa,Batu,Titiwangsa, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.

Manakala,BERSATU meletakkan hanya seorang calon di Kuala Lumpur iaitu Rina Mohd Harun.Sumber- Malaysiakini.Editor-Sofia