Malu Kerana Tidak Ditumbuhi Rambut Sejak Kecil,Lelaki Ini Nekad Bunuh Diri


INDONESIA-Damianus Barut, 33, terkejut melihat mayat Florianus Kasman, sepupunya yang tinggal bersama, tergantung dan tidak bermaya lagi di hadapan rumah teresnya di Konggang, Kecamatan Waso, Langke Rembong, Kabupaten Manggarai, Nusa Tenggara Timur, pagi 4 Mei 2018 kira-kira pukul 6.30 malam, semalam.

Polis yang tiba dilokasi kejadian pada pukul 8.15 malam segera melakukan pemeriksaan terhadap mangsa Pasukan Infris Team Manggarai Resort Polis tidak menemui apa-apa yang mencurigakan di bahagian tubuh mangsa selain luka tali yang menangkap lehernya. Mayat lelaki berusia 21 tahun itu kemudiannya diturunkan dan dibawa ke Hospital Dr Ben Mboi Ruteng bagi tujuan bedah siasat di lakukan.

Hasil siasatan pihak polis menemui bahan bukti iaitu tali nilon biru yang diikat pada bahagian rumah. Polis juga mendapat rambut palsu yang digunakan oleh mangsa. Semasa melakukan pemeriksaan di dalam bilik mangsa, pihak polis mangsa menemui surat yang menunjukkan bahawa kejadian ini memang dirancang terlebih dahulu oleh mangsa.

Ketua Polis Manggarai IPDA ,Daniel Djihu ,berkata, motif bunuh diri ini dilakukan kerana mangsa malu dengan keadaan dirinya yang tidak pernah ditumbuhi rambut sejak dia dilahir selama 21 tahun.

"Dalam suratnya, mangsa menulis seperti itu, stress kerana kepalanya tidak terlalu banyak rambut yang tumbuh meskipun sudah berulang-ulang kali melakukan pemeriksaan doktor. Disebabkan itulah mangsa menggunakan rambut palsu, "kata Inspektur Polis Dua (Ipda) Daniel Djihu.

Tambah Djihu lagi, dalam surat itu, mangsa juga menulis bahawa dua hari sebelum itu, mangsa tlah menjual telefon bimbitnya itu, dan wang tersebut digunakan untuk berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan kembali rambutnya sehingga menyebabkan dia botak.


"Menurut tulisan si mati, dia lebih kecewa kerana doktor tidak menemui punca kesakitan yang dialami mangsa yang tidak pernah di tumbuhi rambut dari kecil," katanya.
Sementara itu, Damianus Barut, berkata mangsa yang merupakan sepupunya tinggal bersama dia sejak mangsa mendaftar di SMA Negeri II Langke Rembong. Damianus berkata mangsa menamatkan sekolah menengah pada 2016 dan memilih untuk tinggal bersamanya di Konggang Kelurahan Waso.

Di samping itu, Damianus mengesahkan bahawa mangsa sering mengadu tentang keadaan kepalanya yang tidak pernah ditumbuhi rambut. Pada malam sebelum ditemui mati menggantungkan dirinya, Florianus juga kelihatan baik dan tidur tepat pada waktunya.

"Flori malu keluar rumah dan dia tidak bekerja hanya mahu tinggal di rumah saja. Namun sejak dia berada di sekolah menengah dia sudah memakai rambut palsu tetapi masih malu. Saya dan Isteri telah menjelaskan kepada nya banyak kali yang tiada tumbuh rambut bukan berarti penyakit atau dilaknat, "katanya.
Selepas bedah siasat dilakukan, jenazah Florianus dibawa ke kampung halamannya di Redong Village Fort Tubi District Rahong Utara bagi tujuan pengembumian dilakukan.Editor-Sofia