Mahkamah Arah TV3 Bayar RM1.1 Juta Pada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) membayar RM1.1 juta kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Ahmad Zaidee Ibrahim membuat keputusan itu selepas mendapati TV3 memfitnah Anwar dalam laporannya yang mendakwa ketua umum PKR itu sebagai dalang dalam serangan di Lahad Datu pada 2013.

Mahkamah memerintahkan TV3 membayar RM600,000 sebagai ganti rugi am serta ganti rugi teruk dan teladan, masing-masing sebanyak RM250,000.

Hakim Ahmad Zaidee juga memerintahkan TV3 membayar kos sebanyak RM40,000. - Malaysiakini

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments