Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Selasa, 15 Mei 2018

"Maaf Saya Lebih Selesa Berdiam Diri"-Umie Aida


Datin Seri Umie Aida atau nama sebenarnya, Umi Kalsum Rahmad, 45, yang juga seorang pelakon terkenal memaklumkan bahawa dia sering disoal oleh netizen mengenai suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di laman sosial yang mahu beliau berkongsi pengalaman ketika ditahan pada September 2015.

Pelakon itu berkata bahawa dia sedang menunggu waktu yang sesuai untuk berkongsi menceritakan pengalaman tentang perkara tersebut.

Katanya, "memang saya akan berkongsi pengalaman ketika berdepan dengan situasi itu tanpa perlu mengaibkan sesiapa."

"Pengalaman ini lebih kepada emosi menghadapi dugaan. Ini yang akan saya kongsikan. Namun, saya kena tunggu masa yang sesuai."

Namun menerusi laman Instagram miliknya, dia telah memuat naik sebuah video yang memperkatakan dia lebih memilih untuk mendiamkan diri.

Katanya lagi, "ramai yang bertanya dan mesej menerusi 'Direct Message' (DM) yang ingin saya untuk berkongsikan pengalaman semasa suami ditangkap dan keadaan saya macam mana."

"Minta maaf, saya lebih selesa berdiam diri buat masa ini yang mana belum bersedia untuk berkongsi pengalaman itu," jelasnya.

Tambah pelakon itu, "banyak lagi benda penting yang dirasa penting untuk fokus. Pengalaman saya dilalui bersama keluarga, satu pengalaman mahal,"

Sebelum ini, Khairuddin telah direman selama enam hari apabila lantang bersuara mengenai siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) pada September 2015 lalu. Editor: AA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan