Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Rabu, 16 Mei 2018

Lelaki Ini Dipenjara 18 Tahun, Akhirnya Terbukti Tidak Bersalah


POLAND - Seorang lelaki telah dibebaskan dari penjara selepas menghabiskan masa selama 18 tahun di atas jenayah yang tidak lakukannya.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Tomasz Komenda, 42, telah dituduh atas kesalahan merogol dengan kejam dan pembunuhan seorang gadis berusia 15 tahun di Selatan-Barat Poland pada tahun 1997, padahal bukan dia yang melakukan jenayah terbabit.

Mengikut semakan, Mahkamah Agung Poland membebaskan En Komenda dan menjelaskan bahawa dia tidak boleh bertanggungjawab terhadap pembunuhan tersebut.

Dalam pada itu, Menteri Kehakiman, Zbigniew Ziobro, yang mengarahkan kajian semula kes itu secara peribadi dan berkata bahawa pembebasan itu menunjukkan kesilapan sistem keadilan dapat diperbaiki.

"Tidak ada sesiapa yang dapat mengembalikan tahun-tahun yang Tomasz Komenda hilang. Namun pembebasan itu telah memulihkan rasa maruah seorang lelaki yang tidak bersalah yang telah dijatuhkan hukuman," kata beliau.

Malah kes ini telah menggemparkan penduduk Poland, dimana pada masa ini ditadbir oleh parti Hukum dan Keadilan sayap kanan. Kempen juga mengatakan bahawa percubaan dan kejatuhan berikutnya telah menimbulkan persoalan yang serius terhadap negara mengenai sistem perundangan 'sistem tidak berfungsi'.

"Kami telah membuat keraguan tentang rasa bersalah lelaki itu dan mendesak agar pihak berkuasa untuk meneliti semula sabitan itu," kata ibu bapa remaja terbabit.

Namun Komenda jelas kelihatan emosi ketika hakim perbicaraan memutuskan dia kini boleh berjalan bebas.

Beliau kemudiannya berkata, "selama 18 tahun terakhir, saya telah bertanya kepada diri sendiri, apakah kesalahan yang saya telah buat sehingga hidup saya berubah menjadi neraka?"

Menurutnya lagi, "sepanjang masa itu, saya dilayan dengan sangat teruk."

Dia juga bahawa mendakwa dia sedang menjalani rawatan psikologi berikutan pengalamannya.

Sebelum ini pada tahun 2004, keputusan mahkamah mendapati bahawa bukti DNA yang dbentangkan semasa percubaan asal terbukti tidak dapat diandaikan. Namun kini teknik forensik yang maju kemudiannya telah melepaskan Komenda.

Hasil dari siasatan kes tersebut juga menunjukkan kepada kesilapan dalam pengumpulan bukti dan kesaksian yang diberikan oleh defendan.

Komenda memberitahu bahawa dia telah dipukul semasa dalam siasatannya dan mendakwa dipukul dengan teruk.

Dalam pada masa yang sama, peguam bagi Komenda, Zbigniew Cwiakalsk, memberitahu bahawa dia akan mencari ganti rugi sebanyak  £2 juta untuk sabitan dan tahun penjara. Editor: AA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan