Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Ahad, 6 Mei 2018

Lelaki 104 Tahun Mahu 'Tamatkan Nyawa' Secara Sukarela.



SYDNEY: David Goodall, yang kini berusia 104 tahun, tidak mempunyai sebarang penyakit serius namun menyedari tahap kualiti kesihatannya tidak sebaik dahulu.

Saintis paling tua di Australia, yang pernah mencetus sensasi apabila mengundur kan diri dari universiti pada usia 102 tahun, dua tahun lalu, akan diterbangkan ke Switzerland untuk menjalani prosedur 'mencabut nyawa' secara sukarela.

Namun, dia menyifatkan hayat hidupnya sudah ‘memadai’, lalu telahpun membuat temu janji dengan sebuah agensi khas di Basel, Switzerland untuk mengakhiri nyawanya.

Keputusan sebegitu lazimnya dilakukan agensi berkenaan daripada individu yang menawarkan diri secara sukarela.

“Saya menyesal kerana sampai ke usia ini. Saya tidak bahagia. Namun ia bukan bermakna hidup saya menyedihkan. Apa yang sedih adalah sekiranya keinginan itu dihalang.

"Saya merasakan bahawa orang tua seperti saya perlu memiliki hak kewarganegaraan penuh, termasuk hak untuk mengakhiri nyawa secara sukarela dan terbimbing,” kata Goodall kepada stesen penyiaran Australia, ABC.

Perbuatan mengakhiri nyawa secara sukarela dan terbimbing atau euthanasia adalah diharamkan di kebanyakan negara di seluruh dunia dan telah diharamkan di Australia, hinggalah negeri Victoria menjadi yang pertama mengizinkan perkara itu tahun lalu.

Namun, undang-undang itu, yang berkuat kuasa dari Jun 2019, hanya merujuk kepada pesakit-pesakit yang menderita penyakit serius, dan mempunyai jangka hayat kurang daripada enam bulan.

Negeri-negeri lain di Australia sebelum ini telah berdebat tentang amalan euthanasia, namun sering dibatalkan, dengan yang terakhir ia tidak diluluskan di negeri New South Wales tahun lalu.

Firma Exit International, yang membantu Goodall dalam perjalanannya ke Basel, berkata adalah tidak adil apabila salah seorang warga Australia yang paling tua dan terkenal terpaksa membuat perjalanan jauh sebegitu untuk ‘mati secara terhormat’.

“Kematian yang tenteram dan bermaruah adalah hak sesiapa saja yang mahukannya. Orang itu tidak perlu dipaksa meninggal kan rumah untuk mendapatkannya,” ujar firma tersebut dalam satu kenyataan.

Exit International telah melancarkan kempen GoFundMe untuk mencari dana bagi membolehkan Goodall mendapat tiket penerbangan. Kempen itu juga bagi membolehkan tiket penerbangan pembantu peribadinya dinaik taraf ke kelas bisnes.

Goodall, seorang penyelidik di Universiti Edith Cowan di Perth mencetus sensasi pada tahun 2016 kerana diisytihar tidak cergas untuk meneruskan khidmat. - Editor: Azni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan