Kisah Sedih Isteri Yang Suami Main Game Mobile Legends.


INDONESIA - Kebelakangan ini permainan mudah alih Mobile Legends lebih digemari oleh orang ramai meskipun kebanyakkan permainan mudah alih ini adalah di kalangan kanak-kanak atau pun remaja.

Mobile Legends Bang Bang adalah permainan mudah alih yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton.

Telefon pintar yang semakin canggih membuat banyak orang boleh bermain hanya di telefon bimbit mereka sahaja, tanpa perlu membeli peranti khas untuk bermain permainan ini kerana harganya agak mahal.

Mobile Legends adalah arena pertempuran berbilang pemain didalam talian (MOBA) yang direka khas untuk telefon pintar hari ini.

Pemain permainan ini akan mengawal avatar, yang dikenali sebagai "pahlawan", dari peranti mereka sendiri.

Bahkan,anda juga boleh bermain permainan ini bila-bila dan di mana sahaja yang anda mahu.

Namun sebaiknya jangan sampai anda ketagih permainan ini kerana banyak kisah sedih yang dialami oleh pasangan wanita para 'pemain' yang bermain game ini.

Kebanyakkan kisah sedih yang berlaku kepada beberapa wanita yang mempunyai pasangan terlampau 'kemaruk' bermain permainan Mobile Legends sehingga mengabaikan tanggung jawabnya.


Salah seorang wanita dengan nama akaun Facebook Rita Andrian juga menulis distatusnya:

"Gara-gara Mobile legend, kekasihku tiada masa buatku , ** ******, Agus *****!"

Ia sebenarnya adalah risiko besar buat pasangan yang mempunyai kekasih terlampau taksub dengan permainan ini sehinggakan seperti 'dipukau' oleh permainan tersebut.

Oleh sebab itu, ramai juga wanita yang tidak suka mencari teman lelaki 'gamer' ini.

Namun rupanya tidak hanya sampai disitu, ada juga wanita lain mengalami hal buruk akibat pasangannya ketagihan bermain game ini.

Pemilik akaun Facebook yang bernama Nhanha Vinha Oktaviani memuat naik statusnya mengenai Mobile legenda Indonesia (Official).

Dia memuat naik sebuah telefon bimbit yang sudah pecah.Ianya berpunca daripada terlampau taksub bermain permainan ini.

Telefon bimbit ini hancur akibat rasa kesal apabila 'rank' Mobile Legends-nya turun.

Berikut adalah keterangannya Nhanha menulis:

"Hanya kerana bermain Mobile Legends, ... Suami saya turun pangkat ke elit.Dia membaling telefon bimbitnya.

Wow, saya harap tidak ada lagi peristiwa seperti di atas.

Adakah anda juga pemain Mobile Legends?

Jangan sampai ketagih dan merugikan orang lain ya!Editor-Sofia