Kiraan Undi DUN Bukit Malawati Dalam Gelap.


Berlaku sedikit debaran ketika penjumlahan undi bagi kerusi Bukit Melawati awal malam ini.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) di situ, Juwairiya Zulkifli, memberitahu berlaku gangguan bekalan elektrik semasa kertas undi dikira.

Katanya kejadian berlaku di salah sebuah pusat pengundian.

Juwairiya turut menyertakan beberapa keping gambar untuk membuktikan dakwaannya.

Melalui gambar yang disertakan kelihatan beberapa ejen pengiraan undi serta pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengira kertas undi dengan bantuan lampu sokongan.

Difahamkan gangguan bekalan elektrik itu berlaku di Sekolah Rendah Agama Teluk Piai yang menjadi salah satu pusat pengundian bagi kerusi Bukit Melawati. - Malaysiakini