Kasih Bapa Sampai Ajal


INDONESIA: Telah meragut 2 nyawa pada hari kejadian, niat Seorang bapa untuk menyelamatkan puterinya dalam sebuah kebakaran malam tadi di Palang, tidak kesampaian apabila dia juga turut rentung dalam kejadian itu.

Mangsa yang dikenali sebagai Kapten Azam yang juga merupakan Perwira Denpom Palangka Raya kembali ke dalam rumah untuk menyelamatkan puterinya yang no 3 Nazla 11 tahun, selepas berjaya menyelamatkan dua puterinya dan isterinya terlebih dahulu yang dibantu oleh jirannya.

Namun usaha untuk menyelamatkan puteri no 3 itu tidak kesampaian apabila mangsa turut rentung dalam kebakaran itu.

Mayat kedua mangsa di temukan dalam keadaan rentung berpelukan di ruang tengah rumah mereka.

Menurut saksi “jiran” mereka sudah cuba menghalang mangsa masuk ke dalam semula, namun suara anaknya menjerit dari dalam membuat arwah tidak dapat mengawal keadaan. Lalu terus masuk tanpa rasa risiko terhadap diri sendiri.

Dia terus merempuh tingkap kaca rumahnya untuk masuk, namun selepas itu arwah tidak kembali lagi, hingga pihak bomba tiba katanya. Sumber: Eberita - Editor: Najiha