Kanak-kanak Perempuan Dipaksa Makan Supaya Gemuk Sejak Usia 5 Tahun Demi Mendapatkan Suami


AFRIKA- Masyarakat di Afrika rata-rata masih banyak yang menganut budaya patriarki.

Tentu sahaja gadis-gadis dan wanita muda terpaksa melepasi adat-adat tradisional yang kadang kala sangat berbahaya bagi mereka.

Seperti amalan pembersihan diri di mana gadis muda di negara-negara seperti Malawi, Kenya dan Uganda harus melakukan hubungan seks sebagai sebahagian daripada upacara pembersihan jika mereka menstruasi buat kali pertama, atau mengalami pengguguran atau kehilangan suaminya.

Dan tentu saja yang paling mengerikan adalah Mutilasi Organ Wanita (FGM) di mana organ kelamin wanita dipotong (bersunat) sebagai tanda bahawa mereka sudah dewasa.

Namun, ada juga upacara yang lebih mengerikannya iaitu upacara bernama leblouh yang biasanya terjadi di daerah seperti rural di Mauritania, Sahara Barat dan Maroko selatan.

Menurut laporan dari Viral Thread, Leblouh adalah proses yang mengerikan di mana gadis terpaksa makan dari usia lima tahun untuk menunggu perkahwinannya pada masa akan datang.

Di Mauritania, wanita yang lebih besar dianggap lebih menarik dan lebih kaya daripada wanita yang mempunyai tubuh tanpa lemak dan dianggap tidak layak untuk berkahwin.

Malangnya, leblouh ini masih dianggap sah di negara ini dan mangsa terpaksa makan sejumlah besar makanan dalam sehari.

Gadis-gadis yang menjadi korban tradisi dahsyat ini dihantar ke sebuah tempat khas bagi menggemukkan badan.Mereka terpaksa memakan ribuan kalori setiap hari bagi mendapatkan badan yang gemuk.


Tempat khas itu biasanya akan dikelolakan oleh wanita tua.

Dalam sebuah temu bual ,CNN ,Mohamed Yahya Abdul Wedoud, seorang wanita bernama Mariam Mint Ahmed membuka ceritanya tentang leblouh.

"Ia adalah tanggungjawab kita sebagai generasi muda untuk menghentikan adat istiadat yang mengancam nyawa kita," katanya.

"Saya tahu ramai gadis yang tidak bersalah dijadikan mangsa tanpa persetujuan mereka untuk berkahwin dan ada yang sakit akibat daripada adat tidak masuk akal itu.

"Saya berasa sangat sedih kerana ada sesetengah dari mereka perlu menanggung sakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung."

"Gadis-gadis di Mauritania mengalami banyak masalah kerana tradisi leblouh, mereka terpaksa makan banyak dan minum susu kambing atau lembu dari mangkuk besar," tambah Mint Ahmed.

Ia juga mengatakan bahawa gadis-gadis yang tak menyelesaikan makanannya akan dihukum.

Salah satu kaedah penghukuman adalah dengan mengepit jari kaki mereka ke sebuah batang kayu dan kemudian menekan jari mereka sehingga gadis tersebut merasakan sakit di kakinya.

Gadis-gadis yang digemukkan mengambil makanan kira-kira 16 ribu kalori, dan ada di antaranya sehingga mereka muntah-muntah kerana perut terlalu penuh.

Biasanya mereka makan empat kali sehari.

Untuk sarapan, mereka biasanya memakan roti yang dicelup kan ke minyak zaitun dengan susu unta.



Selepas itu sepanjang hari mereka dihidangkan roti, susu kambing, buah ara, couscous dan lebih banyak susu unta.

Selepas dipaksa makan, gadis-gadis ini dilarang melakukan apa saja dan terpaksa berehat.

Tijanniya Mint Tijani adalah seorang gadis muda yang dihantar ke perkhemahan untuk mengemukkan badan ini.

"Kamu akan pergi bercuti ke gurun untuk bertemu gadis lain dan makan-makanan yang manis," kata ibunya kepada Tijanniya Mint Tijani.

Pada mulanya, Tijanniya sangat teruja dengan berita itu.

"Ibunya mengatakan bahawa saat aku pulang ke rumah, aku akan menjadi wanita yang cantik," ujarnya.

Sepuluh hari kemudian, Tijanniya yang berusia 14 tahun dipaksa menetap di sebuah gubuk di Gurun Sahara.

Di situ dia sering dihukum oleh Aminetou Mint Elhacen ,50,jika menolak untuk makan.

Meskipun dia muntah, Mint Elhacen akan memaksa makan sehingga makanan habis.

"Matlamat kita ada untuk memberi makan sehingga badan kita berkembang seperti belon," katanya.

"Perutku sakit," ujar Tijanniya.

"Saya tidak mahu menjadi gemuk, saya tidak fikir ia cantik, saya kini faham mengapa sesetengah gadis sering gemuk selepas cuti, tetapi mereka lebih cantik sebelum ini, saya suka sukan, saya takut saya tidak dapat berlari dengan pantas selepas saya gemuk."


Tijanniya bercita-cita menjadi guru Perancis, tetapi Elhacen memberitahu dia bahawa perkahwinannya ditentukan.

"Tugasnya nanti adalah melahirkan anak dan menjadi empuk dan gemuk sehingga suaminya boleh berbaring di atasnya. Tumpukan lemak di perut harus besar, paha harus bertemu dan lehernya harus berlipat . Para orang tua akan memberikan saya bonus jika kulit para gadis timbul stretch marks."

Malangnya, amalan ini mempunyai banyak penyokong sehingga ke hari ini.

"Secara peribadi, saya percaya wanita yang gemuk adalah lebih dipandang berbanding dengan, gadis kurus menjadikan malu dan keluarganya jua terpaksa menanggung malu, sangat sukar bagi wanita kurus untuk menarik perhatian lelaki dalam masyarakat," kata Achetou Mint Taleb ,55.

"Saya mempunyai dua anak perempuan dan saya membesarkan mereka ketika berusia lapan dan 10 tahun, kini mereka sangat besar, berkahwin dan mempunyai anak sebelum usia 17 tahun. Mereka boleh menguruskan keluarga mereka dan melawat saya setiap hujung minggu. bangga dengan apa yang saya lakukan kepada anak-anak saya. "