Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Sabtu, 12 Mei 2018

Kanak-kanak Lelaki Ditemui Tanpa Seurat Benang Di Dalam Hutan Selepas Ditinggalkan Oleh Bapanya


Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun telah dijumpai selamat di hutan Oregon selepas bapanya meninggalkannya selama lebih dari enam jam.

Kanak-kanak itu dikenali sebagai Bradley Thomas telah ditemui oleh pihak polis dengan diliputi kotoran, telanjang dan bersendirian pada hari Khamis lepas.Misi pencariannya melibatkan pesawat, helikopter serta unit berkuda.

Pihak berkuasa berkata, bahawa bapa kanak-kanak itu Brandon M Blouin, 25, telah ditahan ke dalam penjara Deschutes County diatas pelbagai tuduhan termasuk penganiayaan jenayah, pengabaian anak, serta membahayakan anak di bawah umur.

Blouin, dari Ohio, memberitahu polis bahawa dia telah meninggalkan anaknya untuk mencari ibu kepada kanak-kanak itu, tetapi pihak polis mengesyaki suspek dibawah pengaruh dadah semasa meninggalkan anaknya di dalam hutan.


Pihak berkuasa mengatakan satu panggilan telah diterima daripada orang awam sekitar jam dipanggil 6.15 pagi apabila Blouin keluar dari hutan dan menjadi tumpuan orang ramai.

Oleh sebab itu mereka membuat panggilan kecemasan.

Dia menambah bahawa SUV itu diletakkan berdekatan denagn kawasan hutana lalu ibu kepada kanak-kanak ini meninggalkan Bradley bersama ayahnya Blouin.


Walau bagaimanapun, ayah kepada kanak-kanak ini mengaku meninggalkan anaknya itu didalam hutan berkenaan.

Detektif Doug Jackson mendapati Bradley berbaring dalam keadaan telanjang di sekitar jam 12.10 tengah hari kira-kira satu batu dari SUV Blouin diletakkan.

Dia ditemui di kawasan Jalan Sholes dan Jalan Tekampe, di tenggara Bend.

Detektif yang menemui kanak-kanak malang itu membaluti tubuh anak kecil itu menggunakan jaket kerjanya untuk memastikan dia hangat lalu dibawa ke sebuah hospital di Bend untuk pemeriksaan lanjut.

Selain itu, Detektif ini telah meminta orang ramai menghulurkan keperluan peribadi anak kecil ini seperti pakaian,makanan dan alat permainan untuk didermakan kepadanya.

Sumbangan yang diterima dari pelbagai orang awam hampir mencecah sedozen.

 William Bailey berkata pihak berkuasa bersyukur atas sokongan masyarakat setempat atas keperihatian mereka terhadap anak kecil ini.Editor-Sofia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan