Kanak-kanak Lelaki 6 Tahun Diliwat Dalam Sebuah Rumah Kosong


MOJOKERTO- Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu telah menjadi mangsa oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di Dusun Mengelo Tengah, Kecamatan Sooko, Mojokerto.

Pelajar tadika ini telah diliwat di sebuah rumah kosong di sebelah Masjid Miftahul Huda ketika berjalan pulang dari sekolah ke rumahnya.

Walau baagaimanapun, identiti suspek belum diketahui, penduduk setempat telah melihat suspek melarikan diri menggunakan sebuah motosikal berwarna merah mengahala ke lebuh raya Sooko.

Dilaporkan oleh Tribune dari Surya, Polis Jenayah Kriminal Mojokerto, Pesuruhjaya Polis (AKP) M. Fery mengatakan bahawa kini anggotanya masih memburu suspek yang dikatakan telah merogol anak bawah umur.

Suspek melakukan perbuatan jijik itu pada siang hari Rabu lepas.

Dari maklumat penduduk, mangsa berjalan sambil menangis sambil mengepalkan tangannya menahan rasa sakit dan darah mengalir dari kaki mangsa.

"Dia menangis dalam perjalanan ke rumahnya, banyak darah yang mengalir di kaki mangsa," kata penduduk tempatan Firman.

Dari siasatan itu ada CCTV dari rumah salah seoranh penduduk dapat merekam kejadian, tetapi wajah suspek tidak jelas kerana lokasinya cukup jauh.

Laporan menyatakan suspek memakai jaket berwarna coklat.

Pada masa ini kes rogol kejam pelajar tadika masih dalam mengendalikan pihak polis Mojokerto.

Mangsa sedang menjalani pemeriksaan untuk mendapatkan bukti kukuh mengenai kejadian ini.

Suspek ini dalam buruan pihak poli anggota polis telah menyebarkan maklumat untuk mencari suspek.Editor-Sofia