Kalau Didapati Bersalah, Terimalah Padah - Tun M


Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi berkata kerajaan baru tidak akan membalas dendam kepada perdana menteri keenam Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, kata calon perdana menteri Pakatan Harapan, kedaulatan undang-undang akan dikembalikan.

“Kerajaan ini akan mengangkat kedaulatan undang-undang. Tidak akan ada balas dendam.

“Bagaimanapun, katakanlah Najib buat salah, beliau akan terima padahnya,” katanya dalam sidang media.

Najib terpalit dakwaan skandal 1MDB. Beliau bagaimanapun menafikan sebarang salah laku. - Malaysiakini