Kakak Yang Kena Tangkap, Adik Pula Yang Kena Serang.


Selepas tidakan pelakon wanita Uqasha Senrose bertindak menutup ruang komen di akaun Instagram miliknya selepas ditahan pihak polis kerana memiliki dadah jenis eramin 5 semalam.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Zain, 26, telah bertindak menutup ruang komen Instagramnya disebabkan itu akaun Instagram adiknya Nelydia Senrose telah diserang oleh netizen kerana kes berkenaan.

Namun,ada juga netizen yang memberikan komen negatif dan turut mengaitkan Nelydia dengan kes tersebut.

Sehingga ke hari ini Uqasha tidak lagi memberikan sebarang komen mengenai kes yang mendakwa pelakon jelita ini memiliki sebanyak 53 pil jenis eramin 5 di dalam beg tangan miliknya selepas terlibat dalam kemalangan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Sumber menyatakan pelakon wanita ini dikatakan telah terlibat dalam satu kemalangan selepas kereta Range Rover berwarna putih melanggar sebuh lagi kereta jenis Honda BRV di Taman Tun Dr. Ismail sekitar pukul 11.45 pagi semalam.

Walau bagaimanapun,pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini hanya mampu mendiamkan diri selepas ditanya mengenai kejadian tersebut.Editor-Sofia