Isteri Buat Report Polis, Suami Muat Naik Status Di Facebook.


Gara-gara memuat naik satu status yang dikatkan berbau lucah di Facebook seorang suami perlu berdepan dengan anggota polis bagi mendapatkan keterangan.

Suaminya memuat naik status yang bertulis "Teringin cari pelacur"dan ianya telah menimbulkan rasa marah terhadap si isteri apabila membacanya sehinggakan si isteri membuat satu laporan polis berkaitan dengan status suaminya itu.

Sebaik sahaja siasatan dilakukan,pihak polis mengesahkan bahawa status tersebut adalah milik suami pengadu itu sendiri.

Walau bagaimanapun,selepas kedua-dua pasangan ini dipanggil dan mendengar ceramah yang diberikan akhirnya si suami berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi selepas ini.

Menurut pihak polis Rimbo Bujang Bengkulu Iptu Rezka Anugras S.IK menyatakan ada laporan yang dibuat melaporkan suaminya sendiri menulis di status berunsurkan sesuatu yang lucah.

"Bagaimanapun,kedua-duanya sudah berbaik-baik dan si suami berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.Harap kita semua dapat menggunakan media sosial ini dengan cara yang baik dan bermanafaat,"katanya.Editor-Sofia