Ini Sebab Kenapa Kita Dilarang Cium Mulut Anak.


Rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak kecil gemar mencium bibir bayi mereka.Namun,tahukah anda sebenarnya kita dilarang sama sekali untuk memcium mulut anak meskipun kita adalah ibu kandungnya atau ayah kandungnya.Mencium bibir anak bagaikan sudah menjadi satu trend bukan sahaja di luar negara bahkan di Malaysia juga.

Ini antara sebab-sebabnya mengapa kita di larang mencium mulut anak:-

PERTAMA,ada kemungkinana akan timbul rasa syhwat.

Seperti yang anda sedia maklum bibir merupakan kawasan sensitif yang boleh merangsang rasa syahwat.Menurut Dr Charlotte Reznick, iaitu seorang penulis, psikologi pendidikan dan anak di Universitai California Los Angeles ,UCLA,berkata ianya mempunyai kesan buruk jika sering kali mencium bibir anak-anak.Ada juga yang berpendapat kenyataan beliau agak keterlaluan.

Dalam 4-6 tahun adalah usia seksual kanak-kanak mula berkembang namun ada juga yang lebih awal daripada ini.Dan sebenarnya ciuman di bibir akan mengundang rsaa seksual terhadap mereka.-Dr Charlotte Reznick

KEDUA,sangat berisiko untuk dijangkiti kuman

Seperti yang anda sedia maklum bahawa bayi tidak mempunyai daya ketahanan badan yang kuat dan mudah untuk diserang penyakit.Salah satu puncanya adalah dengan mencium bibir bayi anda ada kekungkinan semasa anda mencium kuman akan memasuki tubuh badan anak anak dan bayi anda lebih mudah dijangkiti kuman.

KETIGA,Rasul dan Sahabat hanya mencium pipi anaknya

Untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang anda terhadap anak-anak,dengan mencium bahagian pipi itu sudah memadai.Tindakkkan itu sama seperti Saidina Abu Bakar ketika mencium puterinya, Aisyah.

“Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya, ternyata Aisyah puterinya sedang berbaring kerana diserang sakit panas yang tinggi. Maka aku melihat ayahnya, Abu Bakar, mencium pipinya seraya bertanya: “Bagaimana keadaanmu, wahai puteriku?” (HR. Al-Bukhari no. 3918)
Untuk mententeramkan anak kecil ibu dan ayah boleh melakukan gosokkan pada bahagian belakang badan anak-anak supaya mereka rasa selamat dan dilindungi.Selain itu,gosok di bahagian dada mujarab untuk mengurangkan kenakalan anak-anak diiringi dengan selawat atau surah-surah pendek seperti Al Fatihah atau Ayat Kursi.Editor-Sofia