Ibu Muda Tergamak Gugurkan Bayi Lalu,Buang Ke Dalam Tong Sampah


JAKARTA- Disebabkan melakukan hubungan terlang bersama kekasihnya dan telah disahkan hamil membuatkan Rustiana nekad menggugurkan kandungannya kerana tidak mahu menanggung malu.

Perut wanita berusia 19 tahun ini mula membesar dari hari ke hari selepas kedua-dua mereka melakukan hubungan intim bersama meskipun belum berkahwin.Janin didalam rahimnya terus membesar dan Rustiana semakin risau jika orang tuanya mengetahui hal tersebut.

Menurut daripada Tribun Jakarta,wanita ini yang berkerja sebagai pembantu rumah tangga (PRT) nekad untuk menggugurkan kandungannya kerana tidak tahan menaggung malu.

Insiden itu berlaku di bilik mandi tempat Rustiana bekerja di Jalan Sunter Hijau, Sunter Jaya, Tanjung Priok, Jakarta Utara.
.
"Proses kelahirannya di lakukan di bilik mandi sahaja, saya memicu, tali pusatnya tidak dipotong," kata Kapolsek Tanjung Priok Kompol Supriyanto.


Menurut pihak polis, setelah membunuh bayinya,ibu muda ini kemudianya memasukkan jasad anak yang keluar dari rahimnya kedalam beg plastik warna hitam.

Hasil permeriksaan mendapat bayi tersebut merupakan bayi perempuan yang berusia lebih daripada lima bulan tanpa rasa bersalah.

"Saya bertanya kepada suspek bahawa dia tidak tahu bahwa dirnya kehamilan pada bulan pertama sehingga kini kerana tidak pernah diperiksa, tetapi jika dilihat bayi nya sudah lengkap berkaki dan tangan," kata Supriyanto.

Kejadian tersebut terbongkar selepas pihak polis melihat rakaman kamera litar tertutup CCTV yang terdapat disekitar perumahan tempat dia berkerja.

Selepas disoal siasat, Rustina akhirnya mengaku bahawa dirinya telah menggugurkan janinnya sendiri di dalam bilik mandi.


Ketika dibawa ke sidang media untuk mendedahkan hal sebenar, Rustiana dilihat memakai topi keledar di Mapolsek Tanjung Priok.

Malah,wajahnya juga telah ditutup denagan memakai topeng supaya tidak kelihat oleh media.

Ketua Polis Tanjung Priok, Kompol Supriyanto menjelaskan,suspek telah meletakkan bayinya didalam baldi dan kemudian dibalut dengan plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

"Menurut maklumat bayi itu dilahirkan bilik mandi yang dimasukkan dimasukkan ke dalam baldi, setelah ini dimasukkan ke dalam plastik lalu dibuang ke dalam tong sampah, "kata Supriyanto kepada kru media.

Selepas melakukan pemeriksaan, bukti dan petunjuk menunjukan bahawa Rustiana sememangnya bersalah.

Hasil pemeriksaan mendapati empat orang saksi dan sejumlah barang bukti seperti baldi,beg plastik sampah,tuala dan sebangainya.

Disebabkan perbuatan kejam yang dilakukan oleh suspek, dia telah didakwa dengan Pasal 80 ayat 3 dan 4 UURI no. 35 tahun 2014 mengenai Perlindungan Kanak-kanak yang boleh sabitkan hukuman lebih daripada lima tahun penjara.Editor-Sofia

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments