Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Jumaat, 4 Mei 2018

Hishammuddin Lakukan Kesalahan Di Bawah Akta Pilihan Raya?


SHAH ALAM - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Menurutnya, agenda-agenda tersebut adalah pendidikan, penjagaan kesihatan, perumahan, kebajikan veteran, dan arah tuju untuk memastikan kesediaan pertahanan dan keselamatan negara.

Menurut Mohamed Arshad, berdasarkan akta berkenaan, seseorang yang mengancam untuk menimbulkan kerugian temporal kepada mana-mana orang untuk mendorong orang itu untuk mengundi atau menahan diri daripada mengundi, telah melakukan kesalahan ‘Pengaruh Tidak Wajar’.

Presiden, Persatuan Patriot Kebangsaan Briged General Datuk Mohamed Arshad Raji (B) berkata, berdasarkan laporan Bernama, Hishammuddin mengingatkan anggota tentera untuk mengembalikan BN membentuk kerajaan dengan margin yang besar supaya agenda dapat direalisasikan.

"Dengan membuat kenyataan itu, menteri pertahanan boleh dianggap telah menggunakan ancaman, atau cuba untuk mendorong anggota tentera untuk mengundi BN.

Oleh itu, dia mungkin melakukan kesalahan 'Pengaruh Tidak Wajar' (Undue Influence) di bawah Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

"Selain itu, ia juga disifatkan mengganggu hak kebebasan memilih seseorang," ujarnya.

Beliau sebaliknya menegaskan, bukan agenda menjadi keutamaan, tetapi bagaimana pegawai kerajaan melaksanakan rancangan itu.

"Yang penting, tiada rasuah, tiada pembaziran, dan tiada kronisme dalam pemberian projek," katanya lagi.

Ujarnya, jika projek-projek yang dirancang adalah baik untuk rakyat dan negara, mana-mana kerajaan yang bersih juga boleh melaksanakan projek-projek tersebut.

"Apa yang paling penting ialah kerajaan yang bersih," jelasnya. Sumber: Sinar Harian - Editor: Najiha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan