Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Selasa, 15 Mei 2018

Guru Terima Padah Cabul 10 Murid Lelaki.


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang merupakan bekas guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) mengaku tidak bersalah di atas 20 pertuduhan mencabul dan merangsang 10 murid lelaki di Mahkamah Seksyen Kajang dalam kejadian di sebuah sekolah agama integrasi, sejak empat tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Farid Yusof, 31, mengikut 18 pertuduhan, didakwa melakukan  kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan sembilan murid yang ketika kejadian berusia antara sembilan dan 12 tahun.

Difahamkan, perbuatan tersebut didakwa berlaku di tujuh lokasi berbeza iaitu di bilik guru lelaki, bilik kesihatan, bilik alat pandang dengar, bilik kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) dan tiga buah kelas berlainan di sekolah rendah agama integrasi di Bangi antara Februari 2014 dan April 2017.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu bagi pertuduhan tersebut.

Manakala bagi dua pertuduhan sete­rusnya, tertuduh juga didakwa mela­kukan kelucahan melampau sehingga merangsang dua kanak-kanak lelaki yang ketika kejadian itu berusia antara 10 dan 11 tahun termasuk seorang mangsa yang dicabul.

Selain itu, dia didakwa melakukan perbuatan itu di antara September 2015 dan November 2016 di bilik guru lelaki di sekolah sama.

Jika sabit kesalahan, dia yang kini bekerja sendiri didakwa mengikut 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga dikenakan sebat.

Siti Noor Hafizan Zakaria selaku Timbalan Pendakwa Raya tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh setelah mengambil kira perbuatan tersebut yang melibatkan 10 mangsa yang juga merupakan kanak-kanak namun tertuduh tidak diwakili peguam merayu supaya diberikan jaminan rendah.

Tertuduh dibenarkan oleh Hakim Datin Surita Budin untuk diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin tetapi dengan syarat tambahan dia dilarang mendekati kesemua mangsa sehingga kes selesai. Manakala pada 8 Jun ini sebutan semula kes akan ditetapkan. Editor: AA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan