GRO Pakai Pakaian Sekolah Ditangkap.



Indonesia - Pihak polis berjaya menyerbu beberapa premis kelab malam di sekitar daerah Sanggata Utara, Kutai Timur pada minggu lalu. Manakala, beberapa wanita yang berpakaian seragam
sekolah rendah dengan berpakaian seksi juga diberkas.

Difahamkan, pihak polis mendapati mereka sedang berada di THM Cafe Executive di Sanggata Utara, Kutai Timur, Kaltim.

Didapati sebanyak 256 botol air minuman keras berhasil ditemui dalam serbuan yang diketuai oleh Anggota Koramil Utara Sanggata yang turut disertai oleh Gerakan Narkotika Nasional (Granat), lapor media negara berkenaan.

Manakala, serbuan dilakukan kerana untuk mencari premis kelab malam yang masih menyimpan alkohol, dadah dan senjata tajam.

Dari hasil serbuan, terdapat juga wanita berpakaian yang menjolok mata berjaya ditangkap.

Pengurus premis berkenaan akan dikenakan tindakan atas penjualan alkohol dan menyediakan wanita seksi sebagai penarik pelanggan yang berpakaian seragam sekolah, kata Ketua Kutai Granat Timur Herlang.

Katanya lagi, penggunaan pakaian tersebut merosakkan imej pendidikan terutama di Kutim. Sumber: TribunJambi.com. Editor: AA