Gaun Nikah Seksi Nita Hamzah Di Kecam


Kecoh di media soaial apabila bintang Malaysian Idol 2, Nita Hamzah yang mengenakan busana ynag terlampau seksi ketika majlis resepsi perkahwinannya pada Ahad yang lalu.

Nita dikecam netizen selepas dikatakan telah mengenakan pakaian pengantin yang terlalu seksi sehingga menampakkan lurah dadanya.

Walau bagaimanapun kecaman tersebut dikatakan tidak berasa langsung apabila Nita tampil mempertahankan dirinya dengan memuat naik beberapa keping gambar close up baju pengantinnya itu.

Baju yang dipakai ketika majlis perkahwinannya merupakan baju hasil rekaan pereka fesyen popular Calvin Thoo.

"Beautiful  dress from Calvin Thoo. Think before you say anything," tulis Nita di akaun Instagram miliknya semalam.

Melalui gambar yang dimuat naik oleh Nita tersebut ternyata bahawa netizen telah tersalah menilai baju yang dipakainya itu.

Baju rekaan Calvin itu jelas dilihat berlapik dengan sejenis kain jenis lembut yang seakan warna kulit si pemakainya sehingga menyebabkan berlaku salah faham di sini.

Nita telah dikecam oleh netizen kerana mendakwa dia telah mmemakai baju yang terlalu seksi serta jarang terutamanya dari bahagian bahu sehingga dada sehingga boleh menampakkan lurah dadanya.

Bukan sahaja memuat naik gambar baju pengantinnya, malah Nita juga turut memuat naik entri daripada sebuah blog yang menyifatkan tindakkan Nita menyarung baju tersebut sebagai sesuatu yang memalukan.

Walaupun begitu, Nita menerusi kenyataan kepada sebuah portal online telah pun menerangkan bahawa bajunya yang berbelah di bahagian tengah dada tersebut adalah berlapik dengan sejenis pelapik yang menyamai warna kulitnya.

Walau apa pun, mari kita sama-sama melayan gambar-gambar menarik di sekitar resepsi majlis pernikahan Nita serta pasangannya yang dikenali sebagai Mohd Fareez Shamsul Bahari yang telah berlangsung dengan meriahnya pada Ahad yang lalu.