Berita Informasi Terkini

Ahad, 6 Mei 2018

Gambar Balai Polis Tersebar, Uqasha Senrose Tutup Ruangan Komen.


Uqasha Senrose dikatakan telah bertindak menutup ruang komen yang terdapat di Instagramnya kira-kira jam 11 malam semalam selepas pelbagai soalan mengenai kes panas beliau dihujani di ruang komen.

Ruang komen Instagram pelakon ini dikatakan telah di penuhi dengan pelbagai soalan selepas gambar yang kononnya milik pelakon ini berada disebuah balai polis tersebar secara meluas di internet sejak malam Ahad semalam.

Terdapat kira-kira lebih dari 1,000 komen daripada netizen selepas kejadian itu berlaku dan rata-rata peminatnya telah meluahkan rasa kecewa jika benar pelakon jelita ini dikaitakan dengan isu dadah seperti yang digembar-gemburkan.

Walau bagaimanapun,Uqasha Senrose masih belum membuat apa-apa keterangan mengenai kes yang menimpa dirinya sehingga ke hari ini.

Dunia hiburan tanah air telah dikejutakan semalam mengenai berita seorang pelakon wanita popular telah ditahan oleh pihak polis dalam keadaan khayal serta hasil pemerikasaan yang dilakukan oleh polis wanita terhadapa tubuh badan dan beg tangan miliknya pihak polis menjumpai sejumlah dadah sintetik yang dipercayai jenis Erimin 5 sebanyak 53 biji.

Bagaimanapun,pelakon wanita ini telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim,berkata,ujian air kencing yang dilakukan terhadap artis ini dikatakan negatif.Nilai anggaran barang rampasan dianggarkan RM660.

Lapora menyatakan,bahawa pelakon ini telah melanggar kenderaan seorang lelaki di Taman Tun Dr Ismail dan kemudiannya mangsa bertindak menghubungi pihak polis pada pukul 11.45 pagi.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.Editor-Sofia




Tiada ulasan:

Catat Ulasan