Berita Informasi Terkini

Isnin, 7 Mei 2018

fesyen StailishRooms Neelofa Di Kecam Netizen.


Neelafa muat naik gambar koleksi fesyen #10StailishRooms di laman Instagram miliknya di kecam netizen.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon dan pengacara tu tidak mahu ambil pusing dengan kecaman netizen membabitkan fesyen koleksi #10StailishRooms digayakannya dan dimuat naik di laman Instagram miliknya hingga menjadi tular di laman sosial ketika Ini.

Dalam gambar dimuat naik itu, Neelofa menggayakan busana bersaiz besar bersama turban dan beg kepit di pinggang pada parti pelancaran koleksi itu di Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut pemilik nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, ia bukan kali pertama fesyen digayakannnya mendapat kritikan hebat netizen.

“Saya sedikit pun tidak kisah dengan kecaman orang termasuk mendakwa saya mangsa fesyen sekali pun.

“Sebaliknya, saya berasa bangga kerana dapat menggayakan busana jenama terkenal yang digayakan di pertunjukan fesyen peringkat antarabangsa,” katanya.

Neelofa ditemui di majlis teduhan kasih bersama Anak-Anak Fakir Pertubuhan Rahoma di sini, petang tadi.

Mengenai pelantikannya sebagai duta Chew N Glow pula, kata Neelofa, ia berlangsung selama setahun.

“Memang ada salah faham membabitkan produk kesihatan itu sebelum ini.

“Saya ingin beritahu produk ini adalah untuk kesihatan dan sesuai untuk semua peringkat usia terutama pesakit ekzema,” katanya. Sumber: Harian Metro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan