Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Ahad, 13 Mei 2018

Dzulkifli Ahmad Letakkan Jawatan Sebagai Ketua SPRM.


Datuk Dzulkifli Ahmad hari ini meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malaysiakini difahamkan Dzulkifli menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, pagi ini.

Perdana menteri baru, Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu Ali dan pegawai agensi kerajaan kanan yang lain, di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, awal hari ini.

"Surat itu telah dihantar kepada (PM) Mahathir untuk kelulusan.

"Ia masih belum diputuskan siapa yang akan mengisi kekosongan itu," kata sumber kepada Malaysiakini.

Selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan berikutan kemenangan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu, Mahathir memberi amaran bahawa ketua-ketua agensi kerajaan termasuk SPRM akan turut disiasat.

Beliau tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan dalam kepimpinan atasan SPRM jika didapati badan pencegah rasuah itu tidak berlaku adil.

"Kita akan kaji sama ada SPRM adil atau tidak. Jika kita dapati bahawa mereka berat sebelah selama ini dalam apa jua cara, termasuk terhadap diri kita sendiri, kita perlu menukar mereka.

"Seperti yang dijanjikan, semua ketua (agensi) utama yang baru akan disaring oleh parlimen," katanya. - Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan