Dua Beradik Hantu Sudah Ada Kawan


New Delhi: Ashfaq dan Mushtaq Khan yang berusia lapan dan 11 tahun, sebelum ini sering bersembunyi di dalam rumah bagi mengelak menjadi mangsa ejekan dan pandangan penduduk kampung.

Dua beradik yang menghidap penyakit genetik ganjil hingga digelar budak hantu kerana memiliki gigi yang tajam dan rambut yang nipis kini diterima penduduk kampung.

Sejak kecil dua beradik itu di pulau penduduk di kampung terpencil di Madhya Pradesh yang tidak tahu atau faham mereka sebenarnya menghidap penyakit genetik dikenali sebagai hypohidrotic ectodermal dysplasia (HED).

“Kami tidak mahu ke sekolah kerana sering dimalukan,” kata Ashfaq

Bagaimanapun, kehidupan mereka berubah apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Shaktishali Mahila Sangathan Samiti melancarkan kempen kesedaran bagi penduduk memahami keadaan dua beradik itu.

Beberapa gambar dirakam NGO itu baru-baru ini menunjukkan dua beradik itu diterima dalam masyarakat dengan bermain dengan rakan sebaya menyiram air untuk menyejukkan badan.

Mereka kini menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain, berlari di padang dan membalas senyum daripada penduduk lain. Editor: Azni