Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Ahad, 13 Mei 2018

Doktor Sahkan Pelakon Cilik Ini Ada Masalah Jantung


KUALA LUMPUR- Sebelum ini pelakon cilik yang dikenali sebagai Puteri Balqis binti Azizi dilahirkan pada 12 April 2007 atau lebih mesra dipanggil sebagai Puteri Balqis merupakan seorang pelakon dan model komersial kanak-kanak Malaysia.

Balqis pernah berlakon di dalam drama Gemilang, Bicara Hati, Pelarian dan Aduh Sayang.Tidak heran lah sekiranya pelakon cilik ini pernah memenangi anugerah Skrin 2012 menerusi kategori Anugerah Artis Harapan Pantene. Drama bertajuk 'Pelarian' merupakan sebuah drama diadaptasi dari kisah hidup beliau sendiri

Sebelum ini Aqis pernah dimasukkan ke hospital kerana sakit.Menurut ibunya Norashikim Mohd Aziz , Aqis dikatakan telah mengalami masalah jantung.

Perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh doktor selepas Aqish telah melalui beberapa fasa pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh sejak Disember lalu.

Ibunya menyatakan bahawa Aqish sering demam berulang kali dan cepat berasa letih dalam jangka masa yang panjang.Pada mulanya,ibu Aqish menyangkakan anaknya itu diserang demam denggi namun selepas ujian darah dilakukan tiada sebarang pentunjuk mengenai sakit tersebut.

Tambah Norashikim lagi, sejak tahun lalu,hospital bagaikan telah menjadi rumah kedua buat puteri kesayangannya itu apabila Aqish perlu menjalani beberapa ujian pemeriksaan bagi mengesahkan penyakitnya.

Lebih teruk lagi Aqish pernah pengsan selepas mutah darah hampir setiap hari.Hati ibu mana yang tidak luluh melihat anaknya dalam keadaan sebegini.

Terdahulu,ibunya pernah memuat naik satu gambar Aqish dalam keadaan tidak sedarkan diri di laman Instagram peribadi anaknya itu.Gambar tersebut berkepsyen kan "Alhamdulillah sakit Aqish semakin kurang.I'm still waiting for her next treatment.Terima kasih buat semua fans yg tak henti2 dm dan WhatsApp bertanya khabar Aqish.Buat sesiapa yg anak mereka mengalami sakit jantung/lemah jantung atau cancer, beli mcm2 supplement tapi tak membantu, boleh try parsley atau Basil tea.Sebelum ni, Aqish asyik muntah darah dan pengsan.I almost lost her.Mcm2 supplement yg Aqish cuba tapi tak membantu.Selepas Aqish minum Basil tea, dan kunyah daun Basil tu setiap pagi dan malam, sakit Aqish beransur pulih.Doakan yg terbaik buat Puteri.Love u guys.Tq".

Sebelum ini Norashikim tidak menyatakan apa penyakit anaknya itu di Instagram dan beliau telah memberikan tips berguna kepada ibu bapa yang mempunyai anak pesakit jantung atau kanser untuk mengamalkan pengambilan teh basil dan daun pasli.

Walau bagaimanapun,ruangan komen di laman Instagaram milik pelakon cilik ini ditutup disebabkan itu ianya menyukarkan para netizen mahu berinteraksi dengannya.

Meskipun.perlu menerima kenyataan ini Aqish tetap kuat dan tidak pernah berputus asa untuk menyembuhkan penyakitnya.

Setelah beberapa minggu yang lalu doktor telah mengesan bahawa segala simptom yang dialami oleh pelakon ini merupakan masalah jantung.Bagaimanapun,rawatan masih di teruskan.

Pada masa ini Aqish telah dinasihat kan oleh doktor supaya lebih banyak berehat di rumah dan tidak banyak berfikir.

"Kami juga perlu berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.Syukur alhamdulillah,kini sudah nampak peningkatan dari hari ke hari.Aqish juga sudah lama kami nasihat supaya berehat daripada berlako buat sementara waktu ini".Editor-Sofia






Tiada ulasan:

Catat Ulasan