"Dia Pernah Menagis Pulang Ke Rumah Selepas Menyampaikan Berita" Isteri Bekas Pembaca Berita Bongkar Mengapa Suaminya Meletakkan Jawatan


Siapa sahaja tidak mengenali bekas penyampai berita TV3 ,dikenali sebagai Saiful Nizam yang sudah berkhidmat selama 14 tahun di stesen television tersebut sebelum beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari kerjayanya.

Beliau dikatakan telah meletakkan jawatan secara rasmi dari stesen TV tersebut pada tahun 2015.Kini beliau semakin berjaya menguruskan perniagaan sendiri.Saiful Nizam dilahirkan daripada program Malayasian Top Host.

Baru-baru ini isteri pada bekas penyampai berita TV3 iaitu Khairul Noormaaidah Zali atau lebih mesra disapa sebagai Aida ini pernah menyertai program realiti Gadis Melayu terbitan TV9 dan telah menjadi juara musim pertama program tersebut.

Aida ada menjelaskan di laman Instagramnya mengenai peletakan jawatan suaminya dari stesen TV3.

Menurut Aida,beliau menyatakan bahawa "Media itu bersifat dimiliki" yang mana segala apa yang disampaikan oleh pembaca berita sebenarnya sudah tertulis oleh sesuatu badan atau agensi supaya berita tersebut dibaca meskipun,berita tersebut belum tentu sahih atau sebaliknya.


Tambah Aida lagi,suaminya pernah pulang ke rumah dan menagis selepas di tanya mengapa suaminya memberitahu bahawa diperlu menyampaikan berita berkaitan Tun Dr Mahathir dan Proton 2 tahun yang lalu.

Disebabkan itu Saiful sendiri telah mendapatkan rujukan daripada Ustaz mengenai sesutu berita yang kita sendiri tidak tahu sama ada sahih atau tidak kerana jika berita yang tidak benar disampaikan ianya akan menjadi fitnah.Lalu Saiful telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan di stesen TV tersebut tanpa memikirkan apa bakal terjadi kepada sumber pendapatannya.

Pasangan ini percaya bahawa rezeki yang dikurniakan Allah ada dimana-mana.Aida juga memberitahu suaminya bahawa keputusan tersebut adalah keputusan yang sangat tepat.

Selain itu,Aida juga ada menyatakan bahawa peralihan kuasa yang berlaku adalah dengan kuasa Allah swt. Aida juga menyeru badan agensi yang diperkatakan perlu merendahkan ego dan bongkak mereka kerana selama ini pihak berkenaan merasakan kuasa,pangkat dan nama adalah segala-galanya buat mereka.

Aida juga berpendapat bahawa dengan apa yang berlaku baru mereka sedar bawaha rakayat berhak untuk menentukakn masa depan bersama.Beliau juga turut berasa lega dan mengakui bahawa selama ini tidak pernah merasa lega apabila pemimpian baru telah mengambil alih negara.



Aida juga menyeru supaya orang ramai tidak menyalahkan mereka yang masih bekerja disebalik media kerana mereka bukanlah seperti apa yang kita sangkakan.Ianya adalah kerana segala apa yang disampaikan oleh mereka telah pun tertulis.

Namun, Aida juga ada menyatakan bahawa dia tidak berpuas hati dengan segelintir netizen yang memperkotak-katikan khidmat Tun Mahathir pada suatu ketika dahulu bertungkus-lumus membangunkan negara Malaysia.

Beliau juga ada terfikir sekiranya ditakdirkan apa-apa berlaku pada Tun,adakah stesen TV itu akan menerangkan kisah sebenar,jasa dan segala pengorbanan beliau sekiranya Malaysia masih dibawah pemerintahan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 ?

Aida juga akui,sebelum ini bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib sudah melakukan yang terbaik untuk negara,Jadi janganlah kita mencaci dan memaki hamun beliau seolah-olah beliau bukan pemimpin.Sumber: Hangat.com .Editor-Sofia