Deadpool Terus Pujuk Wolverine


Pelakon kelahiran Australia yang terkenal dengan watak Wolverine, iaitu Hugh Jackman, 49, telah mengumumkan bersara selepas membintangi watak itu dalam lapan filem pada tahun lalu.

Pelakon itu kali terakhir berlakon dan beraksi sebagai Wolverine dalam filem Logan.

Namun, pelakon kelahiran Canada, Ryan Reynolds, 41, yang memegang watak utama dalam filem Deadpool masih berharap agar Wolverine dan Deadpool dapat berganding dalam filem pada masa depan.

Difahamkan, sekuel kedua Deadpool 2 menyelitkan kehadiran Wolverine dan menggambarkan mutan itu berada dalam keadaan sihat, menurut Reynolds.

Katanya lagi, "dalam kisah Deadpool, Logan masih hidup dan sihat, Dan seorang lelaki bernama Logan yang aktif bergerak dan mempunyai bulu dada lebat serta kuku yang tajam."

Bagaimanapun, Reynolds menjelaskan bahawa bukan mudah untuk memujuk Jackman untuk kembali sebagai Wolverine.

"Saya tahu tiada pelakon lain yang boleh membawa watak Wolverine sebagus dia namun saya sedar agak mustahil untuk memujuk Jackman."

Jelasnya lagi, "dia adalah yang terbaik dan saya merindui lakonannya sebagai Logan."

Reynolds memberitahu bahawa dia seperti peminat lain dia cuba untuk memujuk Jackman supaya kembali membawa watak itu setiap kali bertemu dengannya.

Tambahnya, "saya akan cadangkan supaya kami bergandingan dan ia pasti menyeronokkan."

Berdasarkan komik Marvel, Deadpool 2 bakal ditayangkan pada 17 Mei ini. Sumber: Harian Metro. Editor: AA