Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Ahad, 13 Mei 2018

Datuk Seri Anwar Ibrahim Dan Tun Dr Mahathir Mohamad Setuju Runding Semula.

 

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi sokongan padu parti itu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, beliau juga telah menyampaikan keresahan pimpinan PKR yang memohon agar kaedah rundingan lebih menyeluruh.

“Saya menghargai kunjungan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) merangkap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir petang semalam.

“Pandangan tersebut disambut baik oleh Mahathir namun harus diputuskan bersama oleh Majlis Presiden Harapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata pengumuman pelantikan tiga portfolio kanan dalam kerajaan membabitkan jawatan Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan belum muktamad.

Katanya, sebarang keputusan mengenai pelantikan itu mestilah dipersetujui secara bersama oleh keempat-empat parti dalam Harapan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau turut menyampaikan pandangan beliau kepada pimpinan PKR bagi memastikan kerajaan Harapan dibawah pimpinan Mahathir mantap dan kukuh serta dapat menyempurnakan tanggungjawab dengan cemerlang.

“Saya menggesa rakan-rakan seperjuangan yang telah menerima mandat rakyat untuk segera menjalankan tugas-tugas menyelamatkan dan membina semula negara kita,” katanya. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan