Cikgu Ditangkap Bersama Bekas Anak Murid Dalam Bilik Hotel.


MAGELANG- Seorang guru dari Temanggung yang hanya mahu dikenali sebagai AF,52,telah ditangkap oleh pegawai polis bersama seorang bekas pelajarnya yang hanya mahu di kenali sebagai YES (20), berasal dari Jumo.Pasangan ini telah di tangkap di sebuah bilik hotel di Magelang, pada hari Jumaat lepas.

Guru itu ditangkap mahu 'memoduskan' bekas pelajarnya, di dalam bilik itu, tetapi apabila disoal siasat oleh pegawai itu, guru itu tidak mahu mengaku.

Guru berkenaan berkata hanya mahu menghiburkan hati bekas pelajarnya sahaja memandangkan dia sedang patah hati.

Apabila pegawai Satpol PP Kota Magelang memasuki bilik, YES menangis sambil berbaring di atas katil.AF duduk di sebelahnya di tepi katil.

AF memberitahu pegawai itu bahawa dia sengaja membawa YES ke hotel untuk menghiburkan hati bekas pelajarnya, AF cuma memberikan nasihat dan mendengar luahan hati bekas pelajarnya itu dan YES mengaku bahawa dia sedang patah hati.

"Dia memang sedang patah hati, jadi saya bawa ke sini dan hibur dia. Ini bekas murid saya, kerana kasihan saya bawa ke sini," ujar AF.

Pegawai juga menggiring kedua-duanya untuk diperiksa di Mako Satpol PP Kota Magelang.

Tetapi AF masih bekeras dan menegaskan bahawa dia tidak bersalah.Bahkan saat wartawan tengah mengambil gambar, AF menepis kamera wartawan.

Selain daripada guru dan bekas pelajar yang ditangkap malah pihaknya turut berjaya menahan sepasang remaja yang dikatakan turut melakukan perbuatan jijik di bilik hotel tersebut.

Kedua-duanya dibawa ke pejabat Satpol PP.

"Kami juga menahan guru yang ditangkap dengan bekas pelajar di bilik hotel, kami akan soal siasat kerana mereka melanggar undang-undang dan kami juga akan menghubungi ibu bapa pelajar tersebut".Editor-Sofia