BN Perak Keluar Parti, Akan Sokong Pakatan Harapan?


IPOH- Menurut khabar angin negeri Perak dikatakan masih belum menubuhkan kerajaan sehingga kini kerana didakwa seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti Barisan Nasional (BN) akan keluar parti.

Individu yang dikatakan itu akan menyokong Pakatan Harapan dan sekali gus akan menggenapkan jumlah kerusi majoriti kepada 30 kerusi yang diperlukan oleh Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan negeri Perak.

Beliau ini dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan salah seorang daripada pemimpin utama Pakatan Harapan.

Selain daripada itu,bapanya juga dahulu pernah menjadi orang kanan kepada Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu.

Walau bagaimanapun,bapanya masih tidak mengumumkan penyertaannya didalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sehingga ke hari ini.

Laporan menyatakan Ahli Dewan Negara Perak,Datuk Seri Mohd Annuar Zaini akan memaklumkan kepada Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah supaya kedua-dua belah pihak iaitu BN dan Pakatan Harapan akan membawa majoriti ADUN sebagai bukti menyokong dalam membentuk kerajaan negeri.

Pemimpi BN menghadap Sultan Nazrin pagi tadi di Istana Kinta manakala, pemimpin Pakatan Harapan telah diberikan masa mengadap baginda jam 2 petang tadi.

BN dikatakan memiliki 27 kerusi DUN dan masih memerlukan tiga lagi kerusi manakala Pakatan Harapan kini memiliki 29 kerusi dan hanya memerlukan satu sahaja kerusi ADUN.Sumber: Astro AWANI.Editor-Sofia