Australia Raikan Hari Berkebun Tanpa Seurat Benang


AUSTRALIA- Wanita menanam pokok bunga, lelaki tanpa seurat benang memanjat pokok dan seorang wanita tanpa pakaian membersihkan belukar semperna menyambut Hari Berkebun Tanpa Pakaian.

Orang ramai di seluruh Australia meraikan kebebasan tanpa pakaian untuk meraikan acara itu pada hari Sabtu.

Seorang wanita digambarkan sedang menanam beberapa herba dan menyebabkan dia mendapat kekotoran dibeberapa bahagian badannya tanpa pakaian tersenyum lebar ketika meraikan hari berkebun.

Hari antarabangsa disambut pada Sabtu pertama bulan Mei bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk memeluk alam semula jadi sambil menikmati keseronokan ringan.

Seorang wanita dilihat menyiram pokok di kebunnya yang terletak di Brisbane sementara seorang lagi wanita dilihat sedang mencantas pokok menggunakan gunting khas supaya pokoknya kelihatan kemas dan teratur.

Sementara itu,para lelaki juga tidak melepaskan peluang untuk berkebun pada hari itu, sambil memotong rumput menggunakan mesin pemotong rumput dapat dilihat juga otot mereka yang sasa.

Seorang wanita tua digambarkan santai tanpa pakaian sedang duduk di kerusi sementara suaminya memotong rumput hanya memakai topi sahaja.

Hari Berkebun tanpa pakian adalah peristiwa yang jarang berlaku yang bertujuan untuk 'mengembangkan rasa bermasyarakat' dan menjadikan taman 'lebih menarik', menurut laman web itu.Editor-Sofia